Pandu Uji

HYUNDAI SONATA GEN 7

Selepas melancarkan Sonata generasi ketujuh di Korea Selatan pada Mac lalu, Hyundai Motor Company memperkenalkan pula sedan eksekutif tersebut ke pasaran Malaysia pagi tadi.

SONY DSC

Mengambil masa selama tiga tahun untuk dibina, Sonata serba baharu ini merupakan gabungan falsafah estetik Inner Force, bahasa rekaan Fluidic Sculpture 2.0 dan teknologi Human-Machine Interface. Projek Sonata bermatlamat menghasilkan sedan segmen D premium bertaraf dunia.

Secara ringkasnya, penambahbaikan Sonata melibatkan empat bahagian iaitu kekuatan, kestabilan, ringkas dan perincian. 51 peratus badan Sonata diperbuat daripada Advanced High Strength Steel (AHSS) yang dua kali lebih kuat berbanding  plat keluli biasa.

Hyundai-Sonata-LF-mekanika (12)

Sonata telah diuji dalam persekitaran yang sangat mencabar, termasuklah litar lumba Nürburgring Nordschleife di German. Selain menjalani pelbagai ujian seperti ujian ketahanan pecutan khas Hyundai yang merangkumi perjalanan sukar sejauh 180,000km.

Kestabilan Sonata banyak dibantu oleh sistem suspensi topang MacPherson pada roda hadapan dan jenis multi-link di bahagian belakang. Manakala aspek aerodinamik dipertingkatkan menerusi rekaan lantai bawah yang rata khas. Hasilnya, Sonata mampu mencapai tahap pekali seretan cd 0.27, terbaik dalam segmen D.

SONY DSC

Sonata ditawarkan dalam tiga varian iaitu Elegance B, Elegance dan Executive. Ketiga-tiganya dijana oleh unit enjin Nu bersesaran 2.0 liter. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 154PS @ 6,500rpm dan tork maksimum 194Nm @ 4,000rpm, enjin MPI itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

SONY DSC

Perbezaan ketara di antara ketiga-tiga model itu adalah seperti jumlah beg udara. Varian Elegance B hanya dilengkapi dengan dua beg udara, manakala dua varian lagi mempunyai enam beg udara.

SONY DSC

Walaupun begitu, semua model masih dipasang dengan sistem brek ABS, ESC dan Hill Assist Control (HAC). Elegance B menggunakan lampu utama jenis projection quad-light. Model Elegance dan Executive pula dipasang dengan lampu Bi-Xenon HID.

Melihat ke bahagian kabin, unit audio Elegance B terdiri daripada pemain CD, MP3 dan radio dengan paparan kluster OLED bersaiz 3.5 inci. Dikuasakan oleh sistem operasi Android KitKat terbaharu, varian Elegance dan Executive menggunakan unit Audio Visual Navigation (AVN) dengan paparan LCD bersaiz 4.2 inci.

Hyundai-Sonata-LF-mekanika (16)

Sebagai sebuah sedan yang perlu bersaing dengan model-model seperti Honda Accord, Toyota Camry, Nissan Teana, Mazda6, Kia Optima K5 dan Volkswagen Passat, Sonata ingin tampil dalam satu pakej lengkap.

Antara aspek yang diberi perhatian ialah kapasiti but. Ruang but seluas 462 liter itu didakwa boleh memuatkan sehingga empat buah beg golf dan empat beg Boston. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi sistem Smart Trunk yang membolehkan pemandu membuka pintu but secara automatik.

SONY DSC

Hyundai dilihat begitu yakin dengan model baharunya ini. Justeru, di samping jaminan biasa selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000km, Hyundai turut menawarkan  jaminan selama lapan tahun atau perbatuan sejauh 300,000km  untuk enjin dan kotak gearnya. Namun, harus tahu bahawa jaminan itu hanya sah untuk pemilik pertama sahaja.

Pembeli juga akan diberikan keahlian percuma selama dua tahun untuk khidmat concierge khas, The Leader. Ahli-ahli The Leader boleh menikmati kelebihan VIP seperti akses ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang terpilih di Malaysia dan  khidmat pemandu percuma untuk pergi ke atau pulang daripada KLIA, LCCT atau Subang Skypark (tertakluk pada terma dan syarat).

Hyundai-Sonata-LF-mekanika (1)

Sonata boleh didapati dalam enam warna termasuklah putih, hitam, perak, kelabu dan merah. Harganya pula ialah RM138,888  untuk varian Elegance B, RM145,768 bagi model Elegance dan RM153,768 untuk Executive (di atas jalan tidak termasuk insurans.
[hr]GALERI 

SONY DSCSONY DSCSONY DSCHyundai-Sonata-LF-mekanika (11)Hyundai-Sonata-LF-mekanika (13)Hyundai-Sonata-LF-mekanika (14)Hyundai-Sonata-LF-mekanika (15)Hyundai-Sonata-LF-mekanika (19)Hyundai-Sonata-LF-mekanika (18)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button