Pandu Uji

PROTON SUPRIMA S STANDARD

Mahu beli Proton Suprima S, tetapi terlalu mahal? Jangan bimbang kerana Proton Holdings Berhad (Proton) baru sahaja melancarkan varian yang lebih murah dikenali sebagai Suprima S Standard.

SONY DSC

Sudah berada di bilik pameran Proton di Semenanjung Malaysia sekarang dan mulai 18 Disember depan di Sabah dan Sarawak, model tersebut menambah varian sedia ada iaitu Suprima S Executive, Suprima S Premium dan Suprima S Super Premium.

Sebagai model entry level, Suprima S Standard boleh anda miliki pada harga RM69,488 (solid) dan RM69,888 (metalik), di atas jalan termasuk insurans. Dengan harga serendah itu, pastinya ada beberapa komponen yang ditiadakan.

Proton-suprima-S-srandard-mekanika (4)

Model ini tidak dilengkapi dengan sistem ESC, traction control, brake assist, hill-hold assist, dua beg udara (model Executive ada enam beg udara), butang kawalan pada stereng dan tiada butang penghidup enjin. Manakala sistem audio pula menggunakan unit double DIN yang dipadankan bersama empat pembesar suara.

Melihat bahagian luarannya pula, Suprima S Standard tidak dipasang dengan lampu DRL, lampu kabus dan menggunakan rim bersaiz 16 inci.

Proton-suprima-S-srandard-mekanika (7)

Biarpun begitu, model ini tetap menawarkan kualiti pengendalian Lotus yang dinamik. Suprima S Standard juga masih menggunakan khidmat enjin 1.6L Turbo yang dipadankan bersama kotak gear automatik ProTronic CVT tujuh kelajuan.

Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa mencecah 140PS @ 5,000rpm dan tork maksimum 205Nm bermula 2,000 hingga 4,000rpm.

Proton-suprima-S-srandard-mekanika (1)

“Menerusi pengenalan varian ini, kami mensasarkan untuk menggandakan jualan model Suprima S,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Pengenalan Suprima S Standard juga dilihat sebagai komitmen Proton untuk menawarkan kenderaan yang bernilai untuk wang dan lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.

SONY DSC

Model ini didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu biru, merah, perak, putih dan hitam dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km (mana-mana tiba dahulu).

Kalau berminat, yuran untuk menempah Suprima S Standard hanya RM300.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button