Stail

JAM TANGAN MG TD

Minat yang mendalam dan kesungguhan seorang peminat tegar jenama kenderaan MG, Ernst Graaf telah menghasilkan tiga koleksi jam tangan berkualiti tinggi. 

jam-tangan-MG-mekanika (1)

Tampil dengan reka bentuk dan struktur gril radiator model MG TD tahun 1950-an, ia dihasilkan oleh pembuat jam terkenal, MeisterSinger. Menurut Graaf, jam tangan tersebut boleh dibeli secara dalam talian: www.motoringclassics.co.uk pada harga £1,405 (RM7,622) seutas termasuk VAT dan penghantaran percuma di Eropah.

jam-tangan-MG-mekanika (2)

Minat Graaf terhadap jenama MG bermula dengan model Olde English White 1964 MGB yang dipandunya sewaktu masih belajar. Dia kemudian membeli seutas jam tangan yang diinspirasikan daripada gril radiator model MG TD.

jam-tangan-MG-mekanika (5)

Namun, apabila Graaf ingin mendapatkan jam baharu, jam jenama MG tidak lagi dijual. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menghasilkannya sendiri. Usahanya itu dibantu oleh Kelab Kereta MG dan British Motor Heritage. Mereka nyata kagum dengan projek yang mendapat lesen untuk menggunakan logo MG itu.

jam-tangan-MG-mekanika (4)

Jam tangan itu menggunakan enjin Swiss berkualiti tinggi. Ia diletakkan di dalam kerangka besi tahan karat yang mampu menahan air sedalam 5 bar. Dial jam dilindungi oleh kaca mineral. Sementara talinya pula diperbuat daripada kulit kuda yang lembut.

jam-tangan-MG-mekanika (3)

Ditawarkan melalui tiga pilihan iaitu Abingdon, Cecil Kimber dan Cream Cracker, jam tersebut meraikan kilang MG, pengasas jenama MG serta produk MG yang paling popular.

Bagi memastikan jam tangan itu kekal eksklusif, produksinya dihadkan kepada 100 utas sahaja setahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button