MICHELIN CITY PRO
Pengeluar tayar terkemuka dunia, Michelin baru-baru ini memperkenalkan tayar Michelin City Pro generasi baru ke pasaran tempatan.
Tayar itu dibangunkan untuk kegunaan motosikal sehingga 150cc dan skuter besar.justeru, ia memang sesuai digunakan di kawasan bandar yang mempunyai pelabagai jenis permukaan jalan.
City Pro menawarkan tiga aspek penambahbaikan berbanding tayar sebelumnya. Ia dikatakan lebih tahan lasak, kurang risiko bocor, semakin keselamatan dan memanjangkan jangka hayat tayar.
Menerusi gabungan tiga perlindungan yang diperkukuhkan pada tayar, teknologi tayar Michelin membolehkan City Pro menjadi tayar yang lebih bagus. Ia sekurang-kurangnya 20 peratus lebih tahan bocor berbanding pesaing terdekatnya.
Selain itu, campuran getah sebatian yang dibangunkan khas memastikan jangka hayat 10 peratus lebih lama. Sementara corak bunga baharu memberikan cengkaman lebih baik di atas permukaan kering, basah dan licin, demi meningkatkan aspek keselamatan para penunggang.
Kelebihan tersebut diperoleh menerusi Teknologi Michelin Overlap (MOT) yang terdiri daripada tiga lapisan berbeza di bawah bunga tayar. MOT memberikan kekuatan tambahan 20 peratus untuk mengelakkan kebocoran atau tayar pancit.
Keputusan itu diperoleh menerusi ujian dalaman yang dikendalikan oleh Michelin sejauh 444,000 kilometer (km) melibatkan sebanyak 48 buah motosikal di Bangkok pada 14 November 2013 sehingga 26 Mac 2014. Sepanjang ujian tersebut hanya sekali sahaja tayar bocor bagi setiap 100,000 km.
Michelin City Pro boleh didapati dalam 21 pilihan saiz, daripada rim sekecil 14 inci sehingga 18 inci. Harga yang ditawarkan bermula dari RM53 sehingga RM83 seunit.