Buletin

LAMBORGHINI DEDAH MODEL KONSEP EV, LANZADOR, 1,341HP, DILANCARKAN PADA 202

Lamborghini baru-baru ini mendedahkan kereta konsep EV mereka yang pertama, iaitu Lanzador dan bakal dikeluarkan menjelang tahun 2028.

Menurut Lamborghini, kereta konsep ini mempunyai dua motor, satu pada setiap gandar, untuk persediaan pacuan semua roda yang turut menawarkan vektor tork elektronik di bahagian belakang.

Ia berupaya menghamburkan kuasa melebihi satu megawatt (1 MW), iaitu 1,341hp.

Selain itu, pemandu juga dapat melaraskan dinamik pemanduan, aerodinamik, di mana menurut Lamborghini ia bakal menjadikan pengalaman pemanduan lebih baik berbanding kereta enjin pembakaran.

“Bagi kami, elektrifikasi tidak bermakna ada had, tetapi adalah peluang untuk membangunkan lebih prestasi dan kebolehmanduan,” kata ketua pegawai teknikal syarikat, Rouven Mohr.

“Dengan mod pemanduan baru dibangunkan termasuk kawalan aktif, Lamborghini meningkatkan keseronokan dan prestasi pemanduan, serta meningkatkan keselamatan,” tambahnya.

“Gabungan sistem ini meningkatkan tingkah laku pemanduan kereta konsep itu ke tahap baharu berbanding kereta super sport dengan enjin pembakaran.”

Tambahnya lagi, Lamborghini Lanzador boleh digunakan sebagai kenderaan harian dan juga kereta sport, dengan pemandu dapat menyesuaikan pengalaman pemanduan bergantung pada tetapan kawalan.

Ini termasuk sistem kawalan dinamik pemanduan yang baru dibangunkan, Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata (LDVI), dikuasakan oleh rangkaian penderia dan penggerak yang diperluas, termasuk penderia radar baharu di belakang cermin depan.

Menurut Lamborghini, selain Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA), LDVI bakal dimuatkan pada model elektrik lain di masa hadapan.

Bukan itu sahaja, pemandu juga dapat melaraskan suspensi kereta melalui casis aktif serta aerodinamiknya bagi meningkatkan prestasi serta julat setiap pengecasan.

Bakal dilancarkan menjelang 2028, Lamborghini bagaimanapun tetap optimis dengan model elektrik sepenuhnya meskipun agak ketinggalan berbanding pesaing kereta mewah lain termasuk Rolls-Royce dan Maserati.

Google ads
Back to top button