Motosikal

KMSB TIDAK LAGI EDAR MOTOSIKAL KAWASAKI BERMULA 1 OKT 2021. TUKAR NAMA KEPADA KMSB MOTORS SDN BHD

KMSB Motors Sdn. Bhd. yang dibelum ini dikenali sebagai Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMSB) hari ini mengesahkan tidak lagi akan mengedar motosikal jenama Kawasaki secara rasmi di Malaysia berkuat kuasa 1 Oktober 2021. 

Dalam satu surat yang dihantar kepada media, Lembaga Pengarah dan pengurusan KMSB mengambil keputusan sukar ini selepas mengambil kira beberapa perkembangan penting melibatkan polisi pelaburan yang berlaku dalam Kawasaki Heavy Industries Ltd. Japan (KHI) di Malaysia. Terutama peningkatan ekuiti dalam MODENAS pada 26 April 2019 dan strategi pemasaran produk KHI di pasaran ini. 

Dengan pengumuman itu, KMSB akan menjalankan perniagaan baharu yang membolehkannya mempelbagaikan aktiviti sebagai sebuah konglomerat. KMSB juga mengucapkan terima kasih kepada KHI atas peluang dan kerjasama yang diberikan selama ini. 

Pelanggan dan pemilik motosikal Kawasaki tidak perlu bimbang kerana KHI akan membuat pengumuman mengenai tuntutan jaminan, perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti tidak lama lagi. 

Dalam sepucuk surat berasingan, KMSB mengumumkan bahawa nama syarikat tersebut akan ditukar menjadi KMSB Motors Sdn. Bhd. berkuat kuasa pada 6 September 2021.  

Google ads
Back to top button