
KAWASAKI KLX230 SHERPA S 2026 DIUMUMKAN – 17.8HP, 18.3NM
Kawasaki memperkembangkan keluarga KLX230 bagi tahun 2026 kali ini menerusi KLX230 Sherpa S untuk pasaran dunia.
Berbeza dengan KLX230 yang menampilkan elemen motocross, varian Sherpa S ini pula hadir dengan estetik yang lebih lasak sekaligus bakal menarik minat segmen yang berlainan. Menurut Kawasaki, Sherpa S ini bertujuan menyerlahkan pengembaraan lasak.

Antara perbezaa utama KLX230 Sherpa S dengan KLX230 sedia adalah adalah kedudukan tempat duduk yang lebih rendah dengan 825mm. Meskipun begitu, jarak kelegaan tanah masih lagi tinggi dengan 210mm yang disumbangkan penggunaan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang masing-masing jenis tubeless.
Suspensi pula terdiri dari fork 37mm depan dengan jarak pergerakan 155mm dan penyerap hentakan Uni-Trak dengan jarak gerak 165mm di belakang.

Selain itu, antara kelengkapan lain yang didatangkan secara standard termasuk handguard, skidplate, lampu LED serta paparan digital LCD yang boleh disambung ke telefon pintar menerusi aplikasi Rideology.

KLX230 Sherpa S ini juga dilengkapi dengan brek 2-piston (tunggal) di hadapan dengan cakera 265mm dan brek satu piston di belakang dengan cakera 220mm. ABS juga didatangkan secara standard dan boleh dipadamkan menerusi butang tersedia.

Akhir sekali, menggerakan KLX230 Sherpa S ini adalah unit satu silinder 233cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menjana 17.8hp dan 18.3Nm. Tangki bahan api pula kekal dengan 7.6L yang menyumbang kepada berat keseluruhan 136kg.
GALERI: KAWASAKI KLX230 SHERPA S

























