Modifikasi

SEBELUM KEDATANGAN K-CAR, INILAH KERETA SUKAN MURAH – DAIHATSU G11R PURBA

Kadang-kadang saya rasa generasi Y agak malang sebab tak boleh tengok kereta-kereta macam Swift Cultus Gti, Nissan March Supperturbo, Pulsar Gti-R, paling-paling boleh jumpa mungkin Detomaso.

Sebenarnya, sejarah modifikasi di negara kita sebenarya dilakar oleh model-model kompak Jepun ikonik ini.

Tapi kami memang berusaha gigih mencari saki-baki model hot-hatch era 1990-an ini. Bila jumpa Charade mata kucing ini, semua orang gembira dan bersorak sakan.

BACA: DAIHATSU CHARADE ESPRI DETOMASO

Baiklah. Kereta ini Mail punya, seorang runner half-cut sepenuh masa. Selain runner, Mail juga peminat kereta JDM sejati. Kereta pilihan perdagangan Mail ialah Daihatsu Charade G11 yang cacat sebab tak ada pintu belakang. Haaa… hati kena kental nak cari barang yang bukan jenis biasa-biasa.

Badan asalnya yang memang dua pintu ini dipasang dengan enjin CB60 3 selinder turbo. Kuno? Ya. Enjin ini guna karburetor. Bila buka bay enjin teringat nostalgia masa lalu.

Daihatsu-Charade-G11R-mekanika (1)

Enjin ini dipasangkan dengan injap blow-off HKS, boost pada 1.0 bar dan sebuah pam bahan api Walbro.  Ekzos ditukar kepada paip terus 2 inci dengan peredam bunyi SR kelulusan JASMA. Akhir sekali, kotak gear manual lima kelajuan itu dipasang dengan pelapik klac perlumbaan Exedy.

Set suspensi merupakan antara cabaran besar untuk Charade purba ni. Kena try n error baru tau apa yang boleh dipadankan dengan set asalnya. Penyerap hentak roda hadapan dipulihkan semula dan dipadankan dengan spring Nissan B13.

Bahagian belakang pula menggunakan penyerap hentak Nissan Bluebird U11 dan spring dari err..errr… Volvo 240?

Brek asal masih berkhidmat cemerlang.  Di sebalik brek G11R tadi ialah set rim Work Equip 15 inci yang disarungkan dengan tayar 195/55r15 depan belakang.

Bercakap tentang kosmetik kereta, cara yang paling digemari dan menjadi tradisi peminat JDM adalah pakaikan dengan kit asli. Disebabkan versi standard Charade ini saya pun dah tak ingat, jadi apabila dipadankan dengan kit Detomaso G11, nampak cantik juga.

Menurut Mail, semua sudah ditukar. Bampar, bonet depan, belakang dan skirting tepi. Model ini juga rare sebab daripada spesifikasi high roof.  Setel..

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button