Modifikasi

KELISA GINO THE KING!!!

Mengubahsuai sebuah kereta yang lengkap dari segenap segi adalah idaman ramai orang. Persoalan pokoknya tentulah duit. Dalam sesetengah kes pula, kebolehdapatan alat ganti menjadi cabaran terbesar. 

go2

Saya rasa sudah ramai yang pernah tengok Perodua Kelisa ini di petak autoshow. Dari luar nampak macam sebuah Mira Gino biasa, tetapi realitinya setiap inci bahagian badan kereta ini lebih lengkap daripada mana-mana Gino yang pernah kami jumpa. Malah, kalau dihantar ke Jepun pun orang-orang Daihatsu akan tabik hormat.

Mengumpulkan semua aksesori Gino bukan sahaja melibatkan duit. Tetapi turut melibatkan kesabaran dan masa untuk menanti alat ganti yang susah diperolehi walaupun ada duit setebal kamus dewan.

go12

Langkah pertama yang dibuat sewaktu projek Kelisa ini dimulakan adalah dengan menukar enjinnya. Enjin yang dipilih ialah enjin Daihatsu Max EF-DET 660cc Turbo. Lebih kecil berbanding Kelisa, namun turbonya digantikan dengan turbin YRV, memang sedap untuk spool low end dan mid range. Sementara kepala selinder dibuat port & polish.

Selain itu, enjin ini banyak dipasang peralatan bolt-on seperti pam bahan api Walbro, penapis udara Apexi, injap blow-off HKS SSQ, palam pencucuh HKS, oil catch tank Cusco, boost controller smart dan lingkaran hos silikon Samco.

go28

Gas-gas ekzos dibuang dengan berkesan menerusi downpipe custom, paip dua inci dan peredam bunyi RSR Magic. RSR Magic dengan K-Car memang kawan baik macam 5Zigen Fireball dengan enjin VTEC B series.

Kereta-kereta K-Car begini tidak jadi kekok dengan sistem transmisi automatik. Ia tidak pelik langsung sebab half-cut yang datang pun memang majoritinya ialah gear automatik. Saya masih ingat ketika berbual dengan jurutera Honda di Jepun dahulu. Katanya, gear manual tidak banyak dijual di Jepun. Sebagai contoh, Honda Jazz GD dengan tiga variasi enjin bertransmisi manual tidak sampai tiga peratus pun yang terjual.

SONY DSC

Set suspensi yang digunakan pada Kelisa ini ialah Air Zenith pada keempat-empat penjuru. Suspensi udara ini dibuat di Amerika, kalau tak silap saya, syarikat pembuat produk ini pernah direbiu dalam majalah Rides.

Satu ketika dahulu, suspensi angin agak popular juga di autoshow tempatan. Tetapi tidak tahu kenapa beberapa tahun kebelakangan ini macam tak ada yang minat pula. Suspensi angin  memang dicipta untuk bergaya supaya kereta boleh dimendapkan serendah-rendahnya, nak kata selesa memang jauh sekali lah.

SONY DSC

Memisahkan kereta ini dengan tanah ialah rim Sakura 17 inci. Macam tak logik, tapi dengan lebar dan offset yang betul dan rim Jepun yang memang dicipta untuk K-Car apa ada hal. Kasi masuk saja lah. Dipasangkan bersama ialah tayar Nangkang bersaiz 165/40/17.

Hendak tahu besar ke tidak rim ni, ia kini boleh memuatkan cakera dan angkup AP-Racing bersaiz 330 mm di depan dan 260mm di belakang.

SONY DSC

Kelebihan sebenar main kereta K-Car Jepun ialah bila bercakap hal-ehwal aksesorinya. Menurut pemiliknya, aksesori Kelisa/Gino masih boleh dibeli baru di Jepun. Tinggal pesan sahaja dan sediakan duit. Kalau tengok pada bahagian luar kereta, dapat dilihat bahawa kemasan yang dibuat sangat sekata dengan tema Gino yang menjadi tunjangnya.

Mula-mula, bodypart Gino facelift dipasang. Sebenarnya saya tak tau pun ada model Genki dan Kouki. Berdasarkan bodypart ini, penggunaan bampar krom dan hitam Gino 1000 dipasang sekali yang dikatakan lebih cun dan rare.

go23

Bonet karbon fiber yang anda nampak ni memang asli dari model Minilite. Manakala aksesori krom seperti wheel arch garnish, pillar garnish, bonet lining, body lining semuanya original. Atas bumbung kereta ialah roof carrier aksesori Daihatsu dengan spotlight Cibie yang mahal tak ingat.

Aksesori lain ialah upper fender lamp, fog lamp, parking mark, ‘topi’ headlamp krom, lips karbon fiber dan fender signal garnish. Itu semua perlu dicari satu persatu, bukannya boleh dapat serentak macam beli basikal lumba.

SONY DSC

Kemasan tambahan yang lain ialah bumbung jenis panoramik yang diambil daripada half-cut Mercedes A170. Akhir sekali, badan kereta ini dilayangkan dengan warna  Brilliant Effect Orange. Apabila sudah siap, ia dipadankan pula dengan pelekat Padi Mira Gino. Pelekat badan ini dipesan terus dari Jepun sebab mahukan benda ori juga!

Bahagian kokpit pula memang sudah boleh dijangka. Mula-mula, pasangkan papan pemuka Gino yang mana konsol tengah L700 dicantumkan dengan konsol tengah Daihatsu Max. Amacam? Nampak pelik? Memanglah, mana ada Kelisa-Gino dengan konsol gear kat situ. Semuanya dibuat dengan kemas sampaikan kalau orang tak biasa dengan K-Car mesti ingat benda ni datang seketul daripada half-cut.

go31

Padanan ini disempurnakan lagi apabila warna senada dicat pada perehat tangan dan panel pintu. Warna beige lembut pula digunakan untuk membalut tempat duduk. Perkakasan tambahan yang lain ialah meter cluster Daihatsu Max, pelapik pedal Mira L7, stereng Momo, karpet lantai Gino Minilite, side step Mira L7 dan kemasan Marble. Meter yang bersusun di atas papan pemuka itu jenama Defi.

OK. Dah siap. Jadi apa kaitannya kereta ini dengan tajuk The KING? Dua tahun lalu, sewaktu pameran HINKL di Stadium Malawati Shah Alam, Kelisa ini dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Sekali gus melayakkannya menerima piala dan wang tunai berjumlah RM5,000.

SONY DSC

Saya rasa, dalam pertandingan yang perlu bersaing dengan kereta body fibre, Kelisa Gino ini boleh berbangga keranan dipilih sebagai pemenang. Menurut juri yang saya sempat temuramah, satu kelebihan yang memang tidak ada pada kereta lain adalah perinciannya. lagi satu, Kelisa memang kereta yang praktikal kalaupun dipakai tanpa modifikasi. kereta ni memang best.

[hr]Spesifikasi

Model: Perodua Kelisa

Enjin: Daihatsu Max EF-DET 660cc Turbo, turbin YRV, enjin port & polish, pam bahan api Walbro, penapis udara Apexi, blow off HKS SSQ, palam pencucuh HKS, oil catch tank Cusco, Boost Controller Smart, hos silikon Samco

Ekzos: Down pipe custom, piping 2 inci, peredam RS*R Magic

Transmisi: Automatik tiptronik FWD

Suspensi: Air Suspension Air Zenith 4 point

Brek: Cakera & angkup AP-Racing (330 mm) depan, AP-Racing (260mm) belakang

Rim: Sakura 17 x 5.5J

Tayar: Nangkang 165/40/17

Warna: Brilliant Effect Orange

[hr]Galeri 

go1go4go14go16go17go19go21go25go26go27go29go30go32go34go35go38go39go40go41go42

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button