Modifikasi

KENARI MOVE RS AMERICAN METAL 2

Laju dan cantik. Kalau tak nak banyak pilihan bodykit, aksesori, mungkin boleh mula dengan Honda Civic EG. Kalau memang jenis tiap-tiap hari boleh mengular, shopping online, yahoo auction, kaler-kaler, aksesori, Hello Kitty, Tiffana House, speaker bantal, speaker satelit, wood garnish, seatbelt merah dan apa sahaja yang boleh dikutip di kedai half-cut, mainlah kereta Perodua! 

SONY DSC

Ini kereta yang tak pernah ada penamatnya. Buat kereta hari ni, siap bulan depan dan bulan akan datang mungkin buat lagi dengan tema lain pula. Tidak dapat disangkal lagi, kereta Perodua-JDM telah mengubah corak orang Malaysia berkelab dan main kereta. Runner pun tumbuh melata. Kedai-kedai yang fokus pada jual benda-benda Kei Car pun ada di mana-mana. Hari ini mungkin 10, bulan depan ada 20.

Kereta ini milik Zam dari Kelang, Selangor yang bertekad nak buat sebuah Kenari pekak jadi lebih dihormati. Kenari pekak lebih kepada rupa sebuah mesin basuh. Tetapi apabila full convert macam ni, air liur pun sedar tak sedar meleleh.

Move-RS-American-Metal-mekanika (4)

Namun harus diingat, nak buat begini bukanlah kecil anak punya belanja walapun dunia modifikasi sekarang dilimpahi oleh barang-barang Passo Myvi. Kenari-Move masih ramai peminat di luar sana yang berebut barang-barang rare mereka.

Untuk memulihkan kepekakan sebuah Kenari, perkara pertama yang dibuat ialah menukar enjinnya. Enjin K3VET daripada Daihaatsu YRV dipasang dengan aksesori penapis udara KnN, wastegate Turbosmart 38mm, injap blow-off HKS SSQV, pam petrol walbro dan radiator aluminium.

Move-RS-American-Metal-mekanika (13)

Tak nampak pun pasal bay enjin Kenari memang kecil. Pasal tu ramai orang tanya muat atau tidak masuk enjin YRV. Memang muat lah, cagak (mounting) sama sahaja.  Walaupun zahirnya ruang enjin nampak kecil, sebenarnya ia berkedudukan tinggi. Bahagian bampar hadapan menyorokkan komponen bermotor yang lain. Pendek kata, tidak lah susah sangat kerjanya.

Apa yang dibuat seterusnya adalah memasang ekzos dengan paip 2.2 inci dan peredam Lucky Star di belakang. Kemudian gearbox semi auto YRV yang kalau silap lenjan boleh jadi overheat. Seterusnya ialah suspensi jenis boleh laras HWL dan brek YRV depan belakang.

Move-RS-American-Metal-mekanika (1)

Pada hari ini, amatlah susah nak bezakan yang mana Advan RG ayam dan original. Kereta ini guna yang original bersaiz 15 x 6.5 dengan offset 38. Cun-cun dipasangkan dengan tayar 165/50/15 tidak terlalu terkangkang. Warnanya putih menawan dan tertawan apabila dipadankan dengan badan kereta warna biru Subaru.

Move-RS-American-Metal-mekanika (15)

Bahagian dalaman terdapat perkakasan wajib apabila nak convert Move. Secara teknikalnya tak ada apa yang bernama Kenari lagi. Semua part asal dibuang. Bermula daripada papan pemuka, meter, stereng Momo YRV, karpet, tempat duduk, bumbung dengan sunroof, speaker Carrozeria serta kemasan black marble.

SONY DSC

Bahagian luar pula, depannya menggunakan bampar Move RS American Metal 2. Nampak gril jaring besi tu? Itulah yang membezakan versi Move RS dengan versi American Metal. Aksesori krom rim lampu bawah, skup dan bahagian belakang RS itu bukan senang nak cari. Apa lagi dengan reflektor belakang tu. Saya dengar harganya dah cecah juta-juta.

Move-RS-American-Metal-mekanika (9)

Kenari paling senang nak main bodykit dia. Tinggal buka dan pasang saja. Kalau main RS, orang kata selamat sikit daripada ancaman JPJ sebab ada model Kenari RS. Ye ke? Entah. Saya tak dapat pastikan kebenarannya.
[hr]GALERI

Move-RS-American-Metal-mekanika (2)Move-RS-American-Metal-mekanika (3)SONY DSCMove-RS-American-Metal-mekanika (12)Move-RS-American-Metal-mekanika (16)Move-RS-American-Metal-mekanika (17)Move-RS-American-Metal-mekanika (19)SONY DSCSONY DSCMove-RS-American-Metal-mekanika (26)SONY DSCMove-RS-American-Metal-mekanika (34)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button