Motosikal

KTM 390 DUKE BATTLE 2014

Berita dan peluang terbaik untuk anda yang ingin melibatkan diri dalam senario perlumbaan motosikal tempatan.   

SONY DSC

Ini kerana KTM Malaysia CKD mengumumkan penganjuran perlumbaan KTM 390 Duke Battle 2014 di Kuala Lumpur pada petang semalam. Perlumbaan tersebut mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Motorsport Association Malaysia (MAM) dan KTM Superfans.

Matlamat penganjuran perlumbaan ini antaranya adalah untuk menyediakan platform yang selamat dan terkawal buat golongan muda menunjukkan bakat berlumba, sekali gus mengurangkan gejala lumba haram.

SONY DSC

Acara ini juga dilihat sebagai cara terbaik untuk mencari bakat-bakat baharu dalam dunia perlumbaan motosikal yang mungkin boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, KTM Malaysia CKD telah memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta bagi melaksanakan KTM 390 Duke Battle 2014. Kos itu melibatkan 18 unit motosikal KTM 390 Duke yang digunakan ketika sesi pemilihan dan perlumbaan.

SONY DSC

Di samping penyediaan sut perlumbaan yang lengkap, alat ganti jentera perlumbaan daripada Powerparts, khidmat pakar jurutera dan mekanik KTM, serta promosi meluas di media-media tempatan.

Jika berminat, anda hanya perlu memohon dengan mengisi borang di laman web: http://dukebattle.ktmmalaysiackd.com/

SONY DSC

Pemilihan dibuat berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat, pengalaman menunggang, berusia di antara 18 hingga 40 tahun, mengambil lesen daripada MAM, selain perlu memenuhi beberapa kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh penganjur.

KTM 390 Duke Battle 2014 melibatkan lapan pusingan yang akan diadakan di litar-litar terpilih di seluruh negara. Seramai 15 orang pelumba dipilih bagi setiap pusingan dengan perlumbaan pertama akan berlangsung di Melaka pada hujung minggu ini.

SONY DSC

Pemenang tempat pertama dan kedua dalam setiap pusingan layak untuk menyertai  perlumbaan akhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 13 dan 14 Disember depan.

Johan KTM 390 Duke Battle 2014 bakal menerima hadiah sebuah KTM 200 Duke (tanpa ABS). Sementara pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima baucar Powerparts bernilai RM3,000 dan RM2,000 setiap seorang.

SONY DSC

Tunggu apa lagi?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button