
KTM SUPERDUKE GT 1290 – RM118,000
Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd hari ini melancarkan model falgship sport tourer terbaru KTM Super Duke GT 1290. Ia merupakan varian paling besar dalam keluarga LC8 dengan konsep motosikal adventur.
Pertama kali diperkenalkan di pameran motor EICMA di Milan, Itali tahun lepas, kurang setahun dari pelancarannya, Malaysia merupakan negara pertama di Asia yang mendapat model ini. Ia dikuasakan oleh enjin LC8 V-Twin, dual ignition dengan slipper clutch dan quickshift (gear menaik) elektronik.
Antara ciri menarik pada Super Duke GT 1290 ialah Kawalan Stabiliti Motorsikal (MSC), mode ABS pelbagai talaan, pilihan mod pemanduan, dan Kawalan Traksi pelbagai mod (MTC).
Ia dipasangkan dengan lampu membelok jenis LED, selain itu, terdapat mod Kawalan Dakian Bukit (HHC) serta kawalan geseran tork (MSR).
Seperti kebanyakan tipikal ciptaan KTM, ia dibina pada casis jenis trellis, sudah pasti dengan warna oren terang trademark KTM.
Harga asas jualan motosikal ini ialah RM118,000 dan berita baik untuk pembeli awal akan mendapat sepasang kotak pannier sisi percuma. Hanya untuk masa dan stok terhad. Model-model saingan dalam kategori ini seperti BMW R1200GS dan Ducati Multistrada 1200 dijual pada tangga harga hampir sama – sekitar RM120,000.