Peranti

MENANG VESPA DENGAN GALAXY TAB 3 LITE

Samsung Malaysia Electronics sekali lagi mengujakan para pembeli Samsung GALAXY Tab 3 Lite menerusi peraduan ‘Samsung Unlock Joy and Win’.

Samsung-Vespa-Mekanika (2)

Bermula pada 8 Mei hingga 30 Jun depan, peraduan itu memberi peluang kepada para pembeli peranti tersebut untuk memenangi sebuah Vespa LX150. Seramai 15 orang pemenang bertuah bakal membawa pulang Vespa LX150 yang bernilai RM9,750 seunit.

Samsung-Vespa-Mekanika (4)

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu membeli sebuah GALAXY Tab 3 Lite bersaiz tujuh inci, muat turun aplikasi GALAXY Life daripada Google Play Store, pilih ‘Samsung GALAXY Tab 3 Lite’ dan ikuti semua arahan yang diberikan. Pemenang akan diberitahu melalui telefon selepas tempoh peraduan berakhir.

Samsung-Vespa-Mekanika (3)

Samsung GALAXY Tab 3 Lite menggabungkan pengalaman intuitif siri peranti GALAXY Tab 3 bersama rekaan yang lebih nipis. Padat dengan ciri dan perkhidmatan yang telah ditambah baik, Samsung GALAXY Tab 3 Lite menawarkan pengguna pelbagai cara untuk merakam, melihat, mendengar, mencipta dan berkongsi kandungan dengan orang lain.

Samsung GALAXY Tab 3 Lite ditawarkan pada harga RM699 seunit. Ia boleh didapati di semua Samsung Experience Stores dan pengedar sah produk Samsung.

Samsung-Vespa-Mekanika (6)

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.samsung.com/my atau kunjungi laman Facebook Samsung Mobile Malaysia: http://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button