Modifikasi

HYUNDAI ACCENT USDM

Istilah seperti Bosozoku, Shakotan, Itasha mungkin antara yang popular dalam menggambarkan trend modifikasi kenderaan di Jepun. 

SONY DSC

Bentuk pengubahsuaian begini menjadi tradisi sejak turun temurun bagi kereta JDM dan menjadi ikutan di seluruh dunia. Hanya beberapa tahun kebelakangan ni, kita  dengar istilah Hellaflush, Stancenation, Illest dan beberapa lagi yang dipopularkan di Amerika Syarikat (AS).

Sebenarnya tidak ada ketetapan rasmi bagaimana jenis pengubahsuaian spesifikasi begini. Tapi secara teorinya, ia berkaitan dengan rim lebar, rendah, camber, tayar ‘stretch’, sticker art (atau disebut juga sticker bomb) dan warna rim yang garang.

SONY DSC

Ia boleh dikatakan sebagai cabang daripada apa yang berlaku di Jepun. Tetapi kebanyakan orang berpendapat, budaya baru ini bertitik tolak daripada susahnya mendapat alat ganti dari Jepun yang bukan sahaja mahal nak diimport ke AS, malah  originalitinya menjadi isu.

Satu masa dahulu, istilah USDM spec ini terhad pada kereta baru dengan spesifikasi AS yang pelik. Contohnya signal kereta mesti lensa kuning. Sama kesnya dengan reflektor belakang wajib pada kereta untuk spesifikasi Eropah.

SONY DSC

Kini USDM mula menular di luar AS. Saya rasa, istilah Hellaflush sudah  mendahului senarai pengubahsuaian ini yang sebenarnya ia hanya sekadar satu istilah.

VIP di Jepun dulu dah gila dengan camber dan offset macam ini. Cuma dalam istilah Hellaflush, saiz tidak diutamakan (walaupun sesetengah keadaan diambil kira). Lebih stretch dan camber senget, lebih baik.

SONY DSC

Ini sebuah Hyundai Accent. Mungkin langsung tak ada dalam senarai kereta nak dimain oleh budak-budak sekarang yang sibuk dengan JDM. Tapi macam yang saya cakap tadi, USDM style tidak memutuskan jenis kereta. Hyundai ini pun banyak yang dibuat dengan spec Hellaflush yang telah menukar 360 darjah rupa asalnya kepada bentuk yang lebih menarik.

Inilah idea awal yang diperolehi oleh Shahrin. Beli kereta ni pun sebab murah. Berapa harga di pasaran terpakai untuk kereta yang berusia 5 hingga 6 tahun? Tak payah dibanding dengan Civic atau Corolla. Accent mungkin boleh beli dua atau tiga buah.

SONY DSC

Lebih menarik, ia bukan generasi Hyundai yang lama. Sekarang bersepah kedai half-cut yang mengkhusus bawa masuk kereta Kia Hyundai. Harganya pula lebih kurang macam half-cut kereta Jepun. Tak macam beberapa tahun lepas masa saya tanya half-cut 2.5 Naza Ria. Enjin kosong pun dekat RM10,000 harganya.

Beli kereta ini memang seronok. Tapi yang tak seronok ialah enjin 1.5L yang amat lemau. Nak dijadikan cerita, Shahrin buat kajian dan dapat tahu boleh pasang enjin 2.0L tanpa pengubahsuaian yang besar.

SONY DSC

Cari punya cari, dia akhirnya jumpa dengan halfcut Hyundai Tiburon 2.0 manual. Hyundai Tiburon kalau di Malaysia, namanya Hyundai Coupe generasi pertama  yang rupanya seakan-akan kacang goreng. Jenis tak tahu mana depan, mana belakang.

Nak buat apa dengan enjin ni? Buat bodo. Tak payah modifikasi beria kalau nak panduk releks saja. Shahrin menukar penapis udara Simota, memasang oil cooler jenis custom, pam bahan api Walbro dan ekzos buatan custom. Kotak gear kereta manual dipasang dengan pelapik klac Triniti. Siap!

SONY DSC

Tiba masa untuk Stancenation pula. Rim Enkei RPF1 bersaiz 15 inci dipilih. Rim spesifikasi ini agak susah dapat sebab lebarnya 8 inci dan offsetnya 20. Offset kecil maksudnya roda tertolak keluar. Lagi kecil lagi bagus, atau secara kontrasnya dapat lagi lebar lagi bagus.

Dengan kelebaran 8 inci, tayar Falken yang digunakan bersaiz 165/50/15. Cukup untuk ‘menegangkan’ getah tayar membuatkannya kelihatan nipis dan belon. Ini memang kriteria utama, sebab kalau nak ikut saiz 165 guna pada Perodua Kelisa dan Kenari sahaja pun.

SONY DSC

Merendahkan kereta adalah benda wajib bagi gaya USDM. Kampung style pun main kereta pun rendah Yop. Buat malu aje kereta ganas, tapi tinggi macam unta. Accent ini dipasang dengan penyerap hentak boleh laras HWL depan belakang.

Persoalannya, adakah ia made by order? Tidak, memang HWL ada keluarkan mounting untuk Accent. Brek kereta pula guna brek Tiburon/Coupe. Memang cukup menggigit bak kata orang Mentakab.

SONY DSC

Bahagian dalaman tidak banyak yang diusik. Cuma kerusi pemandu digantikan dengan Recaro. Bahagian lain masih nampak cantik.

SONY DSC

Bahagian kosmetik USDM biasanya dikaitkan dengan sticker bomb, rim warna  terang, tak ada spoiler, roof rack, letak basikal dan macam-macam stail. Tidak dilupakan car bra. Kalau terjemah ke dalam bahasa Melayu boleh jadi lucah pula. Jadi, ada baiknya dikekalkan dengan nama asal. Di AS dan Eropah, car bra digunakan untuk mengelakkan batu-batu kecil yang boleh mencalarkan kereta.

SONY DSC

Kereta dah siap. Maka pada sesiapa yang dulu rasa menyesal beli Yamaha RX-S, eh silap Accent RX-S dengan skup bonet dan spoiler bagai tu bolehlah kembali ke pangkal jalan. Campak kit tu jauh-jauh dan kekalkan rupa sebuah kereta. Masuk rim, slammed dan flush!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button