Motosikal

MODENAS 118 EFI – RM4,755

Pembuat motosikal nasional, Motosikl dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) baru-baru ini melancarkan varian terkini CT iaitu Modenas 118EfI. 

Modenas 118EFI menampilkan teknologi sistem pancitan bahan api yang efisien serta  mesra alam (memenuhi tahap piawaian emisi Euro 3) bersama reka bentuk grafik serba baharu, moden dan bergaya.

DSC_2460

Jentera ini dikuasakan oleh enjin bersesaran 120cc teknologi Kawasaki. Ia dilengkapi sistem pancitan bahan api yang dibekalkan oleh Synerject, sebuah syarikat yang terkenal dalam industri automotif.

Sistem pancitan bahan api ini merupakan sistem terbaharu yang direka untuk menjimatkan penggunaan bahan api. Sistem ini juga telah digunakan untuk hampir semua motosikal terutama untuk pasaran eksport.

Kapcai ini dilengkapi tayar tanpa tiub, brek cakera hadapan dwi-omboh untuk kuasa membrek yang lebih efisien. Selain tangki minyak berkapasiti 4.3 liter yang mampu mencatat perjalanan sehingga 250km pada kelajuan purata 80km/j.

DISC BRAKE

Dibina berdasarkan kepada reka bentuk model Modenas CT, ciri-ciri istimewa lain yang ada  pada Modenas 118 EFI  ialah rim sport dan transmisi empat kelajuan dengan sistem gear berputar. Ia hadir dalam dua warna  menarik iaitu  hijau dan biru.

Modenas yakin motosikal ini mampu memenuhi citarasa semua golongan pengguna tempatan. Sempena pelancaran Modenas 118EFI, Modenas kini melanjutkan jaminan pengeluarannya kepada dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 25,000 km.

EFI-Green-Side

Setakat ini, pengeluar motosikal yang lain menawarkan jamina selama setahun atau jarak perbatuan sehingga 10,000km sahaja. Ini sekali gus menjadikan Modenas 118EFi sebagai model pertama yang menawarkan skim jaminan sebegitu kepada rakyat Malaysia.

“Dengan lanjutan jaminan ini, ia diharap dapat menambah  keyakinan pelanggan terhadap motosikal kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abdul Halim Ismail.

Bagi menyokong perkhidmatan selepas jualan, Edaran Modenas Sdn. Bhd (EMOS) akan menambah wakil-wakil pengedar di seluruh negara yang disokong oleh lima buah cawangan pusat servis yang terletak di Gurun, Ipoh, Subang, Johor Bharu dan Kuantan.

slider dlm (1)

EMOS juga akan memberi tumpuan kepada kawasan bandar-bandar utama yang lain dengan membuka pusat-pusat servis bagi menyokong pengedar sedia ada di seluruh negara.

Menerusi pengenalan model terbaru ini, Modenas yakin akan dapat memperbaiki penguasaan pasaran kepada 15 peratus menjelang akhir tahun kewangan 2013/14. Modenas mensasarkan anggaran purata jualan Modenas 118EFI sebanyak 7,000 unit sebulan.

EFI-Blue-45R

Harganya? Modenas 118EFI ditawarkan pada harga RM4,755 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button