
MODENAS KRISS DIBAKAR KERANA BISING. SUSPEK DITAHAN POLIS
Bengang kerana bunyi ekzos yang bising, dua orang lelaki dilapor bertindak membakar sebuah motosikal di Jalan Aman Tambahan, Puchong pada Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pemilik motosikal Modenas Kriss berusia 19 tahun dikatakan telah meninggalkan motosikalnya di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.
Kira-kira setengah jam kemudian, lelaki itu datang semula ke tempat berkenaan dan mendapati motosikalnya terbakar. Kerugian dianggarkan mencecah RM1,000.
“Mangsa turut menerima satu rakaman video menerusi aplikasi WhatsApp seorang lelaki sedang membakar motosikal miliknya,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menahan dua lelaki berusia 24 dan 39 tahun yang disyaki terlibat dalam kes terbabit.
Soal siasat mendapati kedua-dua suspek mengaku membakar motosikal mangsa. – Sinar Harian
- BACA: MARAH TIDAK DAPAT MOTOSIKAL BAHARU, REMAJA BAKAR RUMAH KELUARGA
- BACA: TOYOTA GIAT BANGUNKAN BATERI EV. 500KM SEKALI CAJ, PENUH DALAM MASA 10 MINIT, TIADA RISIKO TERBAKAR
- BACA: BERBULU KERAP ROSAK. VLOGGER RUSIA BAKAR MERCEDES-AMG GT 63 S
- BACA: KECEWA MOTOSIKAL DISITA DAN ENGGAN BAYAR RASUAH, LELAKI MAUT AKIBAT BAKAR DIRI