Motosikal

BABY APRILIA RSV4 – RS125: APRILIA, TOLONG BAWA SEMULA MOTOR 2 LEJANG!

Aprilia adalah jenama terakhir yang bertahan di atas mukabumi yang masih mengekalkan konfigurasi enjin 2 lejang pada motosikal RS125. Namun pada 2012 mereka mengalah, dengan regulasi Euro3 yang terpaksa dipatuhi, RS125 turut beralih dari motor asap kepada motor “arboq” 4 lejang.

Tapi itulah resam dunia, bila regulasi digubal, pembuat yang kreatif seperti Aprilia pun terpaksa akur. Pada Intermot yang sedang berlangsung di Cologne, Jerman, Aprilia melancarkan RS125 yang terbaru. Dalam pameran yang sama, jenama yang turut diketengahkan ialah Ducati Supersport 2017 dan Kawasaki Z650/Z900.

2017-Aprilia-RS-125-008

Pada pameran yang berlangsung selama 7 hari tersebut, RS125 mendapat liputan meluas di kalangan pengamal media automotif yang melihat Aprilia ingin kembali semula ke kancah pertarungan pasaran motosikal sportbike kecil. Tanpa berselindung, Aprilia memakaikan “baju” RSV4 kepada RS125 ini dengan gubahan warna tipikal Aprilia.

Secara peribadi, saya rasa RSV4 adalah superbike unik yang sering dipinggirkan. 1000cc, 200 kuasa kuda dan bentangan selinder V4 bukanlah pilihan pembuat motosikal dari Jepun. Bentuknya juga tajam, sudut fairing, rekabentuk lampu dan ekor tirusnya memang mengancam!

2017-Aprilia-RS-125-003

Jadi ini lah rupanya jika RSV4 dikecilkan menjadi RS125. Ia mengembalikan lagenda awal karier Rossi dan kalau anda biasa dengan arena tempatan, Aprilia adalah motor kegemaran anak muda pada era penghujung 90-an. Siapa boleh lupa motor-motor kecil ini “menggigit” superbike yang lebih besar (dan tak payah nak fikir upgrade lesen B full)

RS125 ini dipasangkan dengan enjin 1 selinder DOHC 124.2cc dengan sistem suntikan bahanapi dari komputer Magnetti Marelli. Suspensi depannya ialah fork jenis terbalik (usd fork) dan brek cakera tunggal di depan.

2017-Aprilia-RS-125-006

Lihat pada rekaan lengan ayun belakang, susunan lampu depan, bentuk tangki dan ekor tirusnya. Tak banyak jenama motosikal yang berjaya membuat “klon” superbike pada sportbike kecil mereka. Tapi RS125 ni memang berjaya, sekurang-kurangnya di mata kami.

Tapi kami tetap rindukan RS125/250 yang ada asap!

2017-Aprilia-RS-125-0022017-Aprilia-RS-125-0012017-Aprilia-RS-125-0082017-Aprilia-RS-125-007

2017-Aprilia-RS-125-0062017-Aprilia-RS-125-0052017-Aprilia-RS-125-0032017-Aprilia-RS-125-004

Google ads
Back to top button