Motosikal

HARLEY-DAVIDSON DILAPOR BERMINAT MILIKI DUCATI – PADA HARGA RM6.8 BILION!

Khabar angin mengenai Volkswagen Group berhasrat untuk menjual jenama motosikal premium, Ducati sudah kedengaran sejak tahun lepas lagi.

Kini, muncul satu speskulasi baru. Pengeluar motosikal berpengaruh dari Amerika Syarikat (AS), Harley-Davidson didakwa berminat untuk membeli Ducati pada harga AS$1.6 bilion (RM6.8) bilion.

Jika Volkswagen Group berjaya menjualnya pada harga itu, ia memang memberi keuntungan besar.

Untuk rekod, Ducati dibeli pada harga AS$935 juta (RM4.01 bilion) dalam tahun 2012. Cukuplah modal untuk membayar denda akibat skandal Diselgate berjumlah yang dikenakan ke atas Volkswagen Group.

Memetik laporan agensi berita Reuters, sumber menyatakan bahawa Goldman Sachs telah dilantik sebagai perunding transaksi berkenaan. Tawaran ke atas Ducati dijangka dibuat seawal bulan depan.

Selain Harley-Davidson, pengeluar motosikal lain seperti Bajaj, Hero MotoCorp, Royal Enfield dari India dan beberapa buah syarikat China turut menyatakan minat untuk membeli Ducati. BMW, Honda dan Suzuki bagaimanapun dikatakan sudah menarik diri daripada bidaan tersebut.

Berpangkalan di Bologna, Itali, Ducati ditubuhkan pada tahun 1926 sebagai pembuat tiub vakum dan komponen radio. Kilangnya di Bologna terus dibuka pada Perang Dunia Kedua walaupun menjadi sasaran pengeboman.

Harley-Davidson yang beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin merupakan pembuat motosikal utama di AS dengan menguasai hampir separuh pasaran di sana.

BACA: DUCATI PENANG TAWAR LAYANAN VIP, UNTUNGLAH…

Namun begitu, permintaan terhadap motosikal Harley-Davidson dilihat semakin perlahan berikutan saingan sengit daripada pengeluar Jepun, India dan Polaris.

Google ads
Back to top button