Artikel PilihanMotosikal

PETRONAS YAMAHA SEPANG RACING TEAM MULA MEMBURU IMPIAN

Masanya telah tiba untuk pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team mula membuka tirai persembahan mereka. Ini merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang akan mencabar kelas MotoGP World Championship dengan ujian pertama pramusim 2019 yang telah bermula. Ia merupakan hari yang tidak dapat dilupakan untuk pasukan baru ini dan para peminat MotoGP dari Malaysia.

Pelumba Itali Franco Morbidelli yang baru sahaja ditabalkan sebagai Rookie of teh Year MotoGP dan Fabio Quartararo dari Moto2 bakal mengalas cabaran pasukan ini dengan menggunakan jentera Yamaha YZR-M1 yang sama seperti digunakan oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Sesi ujian peringkat awal ini diharap akan membolehkan kedua penunggang membiasakan diri dengan jentera masing-masing seterusnya beraksi dengan lebih kompetitif. Pasukan baru ini telah berkembang dengan penyertaan awal Moto3 seawal tahun 2015 dan kini membawa cabaran dalam kelas premier.

Pasukan satelit ini juga telah menyertai sesi ujian pertama sebaik litar dibuka selepas perlumbaan terakhir di Valencia hujung minggu lepas.

BACA: FIM ASIA DAN ARRC UMUMKAN KALENDAR KEJUARAAN MUSIM 2019 SEBANYAK TUJUH PUSINGAN

Ini merupakan saat yang bersejarah kepada sukan bermotor di Malaysia khususnya pihak Sepang International Circuit kerana impian yang selama ini disemai akhirnya menjadi kenyataan. Semua pihak merasa teruja apatah lagi selepas sesi ujian yang positif di Valencia dan Jerez. Ia merupakan saat bersejarah kerana inilah kali pertama pasukan dari Asia Tenggara bersaing dalam MotoGP, jelas Dato’ Razlan Razali selaku prinsipal pasukan.

Pasukan ini memiliki kelebihan kerana menggunakan jentera YZF-M1 yang sama seperti digunakan pasukan factory dan bukannya model tahun lepas seperti pasukan satelit lain sebelum ini, diharapkan ini akan memberikan kelebihan buat pasukan baru kebanggaan Malaysia ini.

Malah kedua-kedua pelumba juga memberikan reaksi positif dan menyatakan keserasian mereka dengan jentera baru Yamaha itu. Ia merupakan jentera A-Spec yang memang sama seperti digunakan oleh Rossi dan Vinales. Mana ada dalam sejarah MotoGP pasukan satelit diberikan motor yang sama seperti digunakan oleh pelumba pasukan factory mereka sendiri. Ini dikira memang rezeki untuk pasukan baru ini selain melambangkan keyakinan Yamaha kepada pasukan yang dirintis oleh Dato Razlan Razali selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Google ads
Back to top button