Motosikal

TERIMALAH, YAMAHA YZF-R25!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd (HLYM) semalam akhirnya menamatkan teka-teki mengenai model superbike yang dinanti ramai, Yamaha YZF-R25. 

SONY DSC

Pelancarannya dibuat sempena Persidangan Media Sukan Bermotor Jepun, anjuran Yamaha Motor Co. Ltd, yang berlangsung di Sepang, Selangor malam semalam.

Jentera tersebut sememangnya mencipta gelombang populariti sejak awal pembinaannya lagi. Yamaha YZF-R25 dilihat menyerap segala DNA Yamaha hasil daripada pengalaman, kesungguhan dan pengetahuan selama bertahun-tahun menghasilkan motosikal.

SONY DSC

Menjadi sebahagian daripada keluarga jentera R-series, Yamaha YZF-R25 menggunakan khidmat enjin Diasil silinder dua sebaris, DOHC, lapan injap dengan sistem penyejukan cecair.

Enjin bersesaran 250cc itu turut dilengkapi sistem pancitan bahan api induksi dan piston tempaan. Ia kemudian digabungkan dengan reka bentuk badan yang ringan bersama titik graviti yang sempurna. Hasilnya, nisbah berat kuasa berada pada tahap yang terbaik.

Yamaha-R25-mekanika (19)

Perincian binaannya dapat dilihat dengan jelas pada lampu utama berkembarnya yang nipis dan garang. Lampu itu bukan sahaja lebih terang dan tajam. Malah menawarkan iluminasi cahaya yang lebih fokus.

“Banyak sebab kenapa kami sangat teruja untuk memperkenalkan Yamaha YZF-R25. Jentera ini sporty, ringan dan bergaya. Rekaannya yang kemas menawarkan kefungsian terbaik. Sebab itulah kami yakin model ini akan menjadi pilihan peminat superbike tempatan,” kata Pengarah Urusan HLYM, C.H. Ng.

Yamaha-R25-mekanika (16)

Bagi menyerlahkan elemen sebuah superbike, Yamaha YZF-R25 didatangkan dengan dua tempat duduk berasingan, super sport speedometer, lampu belakang LED super sport, rim aluminium dan tayar yang lebar.

Lengan ayun asimetrik dibina kukuh untuk menawarkan tunggangan yang lebih stabil. Sementara penggunaan suspensi tiub berkembar Monocross pada roda belakang dan teleskopik (hadapan) memastikan kualiti pengendalian yang baik ketika mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi.

Yamaha-R25-mekanika (21)

Kelincahan Yamaha YZF-R25 juga disumbang oleh kerangka jenis berlian yang digunakannya.

Jika berminat, Yamaha YZF-R25 ditawarkan pada harga sekitar RM20,000 seunit. Model yang dipasang di kilang HLYM di Sungai Buloh, Selangor ini boleh didapati mulai minggu pertama April depan.

SONY DSC

“Yamaha YZF-R25 akan melengkapkan lagi tawaran motosikal HLYM. Dengan segala kelebihan yang dimilikinya, kami yakin dapat menjual 300 unit Yamaha YZF-R25 sebulan,” tambah C.H Ng lagi dengan nada optimis.

Yamaha-R25-mekanika (23)

Spesifikasi Yamaha YZF-R25

Enjin                                                   : 4-lejang,  8 Valve DOHC

Sesaran                                             : 249 cc

Kuasa Maksimum                         : 26.5 kW (12,000 rpm)

Tork Maksimum                            : 22.6 N.m (10,000rpm)

Sistem penghidup enjin              : Elektrik

Transmisi                                          : 6 kelajuan

Kerangka                                           : Berlian

Berat                                                   : 166kg

Suspensi hadapan                          : Teleskopik

Suspensi belakang                         : Monocross

Brek hadapan                                   : Cakera Hidraulik, Dwi Omboh (Dual Piston)

Brek belakang                                  : Cakera Hidraulik, Piston Tunggal
[hr]GALERI

Yamaha-R25-mekanika (2)SONY DSCSONY DSCYamaha-R25-mekanika (14)Yamaha-R25-mekanika (17)Yamaha-R25-mekanika (18)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button