Motosikal

VESPA SPRINT 150 – INTERPRETASI VESPA VERSI SPORT, RM16,400 SEUNIT

Bagi memenuhi minat pelanggannya yang pelbagai, Vespa menghasilkan banyak versi skuter keluarannya.

Sebagai contoh, Vespa Sprint adalah interprestasi moden versi sport sebuah Vespa. Dilengkapi pelbagai teknologi terkini, skuter itu direka supaya memiliki tahap kestabilan yang tinggi.

Ini bagi membolehkannya menjadi sebuah skuter yang seronok dikendalikan dengan rekaan yang kecil, lincah dan padat bersama ciri keselamatan. 

Diperbuat sepenuhnya daripada besi, Vespa Sprint menggunakan rim aloi aluminium bersaiz 12 inci. Di samping lampu LED pada bahagian hadapan dan belakangkang.

Skuter yang sporty itu juga didatangkan bersama kemasan ‘tali leher’ baharu untuk membezakannya dengan model terdahulu.

Vespa Sprint menggunakan khidmat enjin i-get empat lejang satu selinder bersesaran 150cc. Enjin yang turut dipasang pada model Primavera itu mampu menghasilkan kuasa 9.5kW pada 7,750rpm dan tork 12.8Nm pada 6,500rpm.

Tipikal sebuah Vespa, Sprint hadir bersama pelbagai aksesori seperti kotak belakang, cermin pelindung angin dengan logo Vespa, madgad krom dan grafik ‘Sport’.

Dengan empat warna pilihan iaitu biru matt, putih, merah dan kelabu, Vespa Sprint ditawarkan pada harga bermula RM16,400 seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button