Motosikal

PENUHI IMPIAN JADI PELUMBA MOTOGP DENGAN APRILIA RSV4 R FW-GP  

 

Aprilia mengumumkan bahawa RSV4 R FW-GP akan menjadi jentera terbaharu dalam rangkaian program “Factory Works” keluarannya.

Paling best, motosikal yang dikatakan sebagai termaju dari segi teknikal itu kini boleh dibeli oleh orang awam.

aprilia-rsv4-r-fw-gp-mekanika-3

RSV4 R FW-GP menggunakan enjin enjin V4 yang terkenal dengan kuasanya. Pengeluar motosikal berpengaruh dari Itali itu memberitahu, motosikal tersebut banyak diinspirasikan daripada jentera perlumbaan RS-GP 15 MotoGP yang digunakan dalam perlumbaan Kejohanan Dunia 2015.

BACA: BABY APRILIA RSV4, RS125 – APRILIA TOLONG BAWA SEMULA MOTOR 2 LEJANG

BACA: SKUTER APRILIA SR MAX 300 – RM31,800 SEUNIT

Enjin istimewa tersebut menggunakan gerek bersaiz 81mm, injap pemasaan pneumatik dan dipasang dengan sistem ekzos penuh Akrapovic untuk menghasilkan kuasa mencecah 250hp!

aprilia-rsv4-r-fw-gp-mekanika-4

Bukan itu sahaja, RSV4 R FW-GP turut dilengkapi suspensi Öhlins dan angkup monoblok Brembo bagi memastikannya kekal dalam kawalan. Selari dengan tema perlumbaan, banyak alat gantinya terdiri daripada komponen gentian karbon.

Pelanggan yang membeli RSV4 R FW-GP juga bakal menerima servis istimewa daripada Aprilia Racing. Antaranya penghantaran terus ke rumah dan jemputan ke track day Aprilia. Pada acara track day, pasukan jurutera akan membantu membuat talaan khas berdasarkan kepada corak tunggangan pemiliknya.

aprilia-rsv4-r-fw-gp-mekanika-2

Pelanggan juga akan ditemani oleh seorang jurutera setiap kali jentera ditunggang di litar. Selain diberi satu pas ke paddock sepanjang hujung minggu perlumbaan MotoGP.

Tidak dapat dinafikan bahawa RSV4 R FW-GP mungkin antara motosikal yang paling impresif bakal ditawarkan tahun depan. Walaupun harga rasmi belum diumumkan, namun dengan semua servis yang ditawarkan, sudah tentu harganya tidaklah murah.

aprilia-rsv4-r-fw-gp-mekanika-1

Beli Demak je lah kalau macam ni..

Google ads
Back to top button