Buletin

PROTON CATAT HASIL JUALAN 39,150 UNIT PADA SUKU PERTAMA

Pengeluar kereta nasional, PROTON, menutup bulan Mac dan suku pertama tahun 2024 dengan catatan jualan yang kukuh untuk pasaran domestik serta eksportnya.

Dengan pencapaian sebanyak 12,666 unit dijual untuk kedua-dua pasaran, jualan keseluruhan bagi suku tersebut telah mencapai 39,150 unit.

Untuk rekod, jualan eksport menunjukkan peningkatan sebanyak 63 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut statistik, pegangan pasaran PROTON dianggarkan pada 19.3 peratus, menjadikannya antara yang tertinggi di antara semua jenama automotif di Malaysia.

Antara model menyumbang kepada kejayaan PROTON adalah Proton Saga yang mencatat prestasi cemerlang dengan penjualan sebanyak 18,247 unit dalam tiga bulan pertama tahun ini, prestasi tertinggi dalam suku pertama dalam dua belas tahun terakhir.

Selain Proton Saga, model lain seperti Proton S70 juga menyumbang kepada kejayaan PROTON dengan membuka segmen pasaran baharu bagi Proton.

Dengan penjualan sebanyak 2,072 unit pada bulan Mac, model ini menunjukkan potensi yang tinggi dalam pasaran.

Begitu juga dengan Proton X50 dan Proton X70 yang terus memperkukuh kedudukan PROTON dalam pasaran SUV.

Kejayaan PROTON tidak terhenti di pasaran domestik sahaja, Di Trinidad dan Tobago, PROTON baru-baru ini telah melancarkan Proton X50 dan Proton X90.

Pengimport dan pengedar tempatan, Ansa Motors, memuji PROTON atas tumpuannya terhadap keselamatan, kebolehpercayaan, dan harga dalam pasaran automotif tempatan.

Menerusi pencapaian jualan yang kukuh di pasaran domestik dan eksport serta pengenalan model-model baharu, PROTON terus menunjukkan komitmen terhadap keunggulan dan kepuasan pelanggan.

Google ads
Back to top button