RASMI: KAWASAKI Z900RS SE KINI DI MALAYSIA – ‘MONOSHOCK’ ÖHLINS, BREK BREMBO, RM73.3K
MODENAS selaku pengedar rasmi jenama motosikal Kawasaki di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Z900RS SE untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM73,300.
Kawasaki Z900RS SE ini merupakan model yang dipertingkat kelengkapan ‘monoshock’ Öhlins S46 (boleh laras sepenuhnya) dan brek Brembo M4.
Tidak cukup dengan itu, model SE ini turut dipadankan bersama fork depan USD berwarna emas yang telah ditala semula.
Selain itu, perincian lain kekal sama seperti Z900RS standard terutamanya ruangan enjin yang masih lagi dipacu platform 4-silinder 848cc yang menjana 111hp pada 8,500rpm dan 98.5Nm pada 6,500rpm.
Sebagai model retro, Z900RS SE ini juga menawarkan panel meter analog berkembar dengan skrin LCD.
Kelengkapan lain ditawarkan termasuk:
- tangki bahan api 17L
- ABS
- rim-17 inci depan dan belakang
- traction control
- pencahayan LED