Motosikal

RASMI: KYMCO AK550 PREMIUM DILANCARKAN DI MALAYSIA – RM65,600

Modenas selaku pengedar jenama skuter KYMCO di Malaysia dengan rasminya melancarkan skuter maxi premium, KYMCO AK550 dengan harga jualan rasmi RM65,600.

Ketibaan KYMCO AK550 ini sudah pun dijangka lewat tahun lalu dengan beberapa pemilik Modenas Elegan 250EX telah ke Gurun, Kedah bagi menyaksikan model itu dengan lebih dekat. 

Menariknya, KYMCO AK550 yang ditawarkan di Malaysia ini merupakan varian ‘flagship’ yang diperkenalkan untuk pasaran global sekitar April 2023. 

Hasilnya, skuter maxi ini hadir dengan ciri premium antarnaya cruise control, traction control, AIBS Cornering Technology (Cornering ABS), ride-by-wire dan mod menunggang. 

Dalam pada itu, KYMCO AK550 ini dikuasakan enjin parallel-twin 550.4cc DOHC yang berupaya menghasilkan 51hp pada 7,500rpm dan 52Nm pada 6,000rpm. Untuk perbandingan, pesaing terdekat Yamaha TMAX 560 menghasilkan 47hp dan 55.7Nm. 

Atas kertas, AK550 ini mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 160km/j. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • lampu LED dengan nyalaan DRL (daytime running light)
  • brek Brembo M40 berkembar
  • tangki 14.5L
  • rim 15-inci
  • fork USD
  • cakera brek 270mm depan, 260mm belakang
  • dua port pengecas USB

Tidak dilupakan, skuter ini juga dilengkapi dengan panel meter digital LCD bersama satu skrin TFT di bahagian tengah papan pemuka. 

GALERI:

Google ads
Back to top button