Artikel Pilihan

SAINGAN ASIA PACIFIC RALLY CHAMPIONSHIP (APRC) YANG PATUT KITA KETAHUI

Agak lama juga Brader Karrager tak menulis perihal sejarah ini. Banyak sangat merapu pun nanti pembaca bosan juga. Kali ini Brader Karrager nak kongsikan tentang sejarah saingan rali terunggul bagi rantau ini, Asia Pacific Rally Championship (ARC).

BACA : OLE CHRISTIAN VEIBY JUARA APRC JOHOR – 4 MINIT DIDEPAN PEMENANG KEDUA

BACA : MITSUBISHI MIRAGE R5: SI COMEL JELMAAN LAGENDA EVO

Saingan APRC yang dikendalikan oleh FIA meliputi benua Asia Pasifik. Dahulunya, ianya banyak didominasikan oleh jentera dari Group N, namun sejak akhir-akhir ini ianya banyak dikuasai oleh saingan jentera S2000 dan juga R5. Ianya pertama kali dianjurkan pada 1988, dengan pusingan pertama dilangsungkan di Australia. Pelumba Jepun yang memandu Mitsubishi VR4 ketika itu, Kenjiro Shinozuka berjaya memenangi kejuaraan pada edisi pertama tersebut.

Asalnya, kejuaraan APRC ini banyak juga didokongi oleh pasukan utama yang bertanding dalam WRC serta pembuat dari Jepun seperti Mitsubishi, Subaru dan juga Toyota. Pasukan-pasukan ini menjadikan saingan APRC sebagai medan untuk mengasah pelumba muda mereka.

Pelumba handalan Sepanyol, Carlos Sainz bersama jentera Toyota Celica GT-Four ST165 berjaya merangkul kejuaraan APRC pada musim 1990. Walau bagaimana pun nama besar ini mula menarik diri dari saingan APRC pada pertengahan 90an, dan menjadikan saingan lebih terbuka buat pemandu tempatan serta pasukan persendirian.

Pelumba handalan dari Australia, Cody Crocker muncul sebagai pemandu terhandal dalam sejarah apabila berjaya merangkul 4 kejuaran APRC. Dan apa yang lebih menarik lagi, beliau melakukannya empat musim berturut-turut pada 2006-2009.

Dan kita juga seharusnya berbangga dengan pelumba tersohor, Karamjit Singh yang berjaya tiga kali muncul juara APRC bersama jentera Proton Pert. Dan kejayaan Satria Neo S2000 sekali lagi berjaya menjulang Proton apabila Alister McRae berjaya menjuarai APRC pada musim 2011.

Jentera Satria Neo ini sebenarnya agak sinonim juga dengan pentas APRC, apabila Mike Young pernah memandunya bersama pasukan Cusco selain daripada penyertaan pasukan Proton sendiri. Dan tahukah pembaca bahawa satu lagi pasukan tempatan, Pennzoil GSR Racing Team turut pernah beraksi dalam saingan APRC menggunakan Satria Neo.

Namun semenjak pengunduran Proton, saingan kini lebih banyak dikuasai oleh Skoda bermula tahun 2014 hingga kini dengan jentera Fabia S2000 dan juga Fabia R5. Dan mereka serius dalam saingan APRC apabila menjadikan medan APRC ini sebagai medan untuk menguji barisan pelumba muda Eropah untuk diketengahkan dalam saingan WRC seperti Esapekka Lappi, Jan Kopecký, Pontus Tidemand dan Ole Christian Veiby.

Sungguhpun demikian, pasukan MRF Skoda ini turut mempertaruhkan pelumba India, Gaurav Gill yang juga merupakan juara bertahan bagi musim 2016. Beliau juga merupakan pendahulu bagi saingan musim ini dengan pusingan terakhir bakal berlangsung di India penghujung November ini.

Dan bermula musim 2008, kategori Asia Cup dan Pacific Cup telah diwujudkan bagi memberi peluang kepada mana-mana pelumba yang ingin bersaing di peringkat antarabangsa tanpa perlu bertanding penuh dalam kalender APRC.

Kredit Foto : FB APRCtv

Google ads

B K

Back to top button