Motosikal

SAYA HARAP INI SEMUA HANYA SATU MIMPI NGERI, MAAFKAN SAYA – ROMANO FENATI

Dalam perlumbaan Moto2 yang berlangsung minggu lalu, pelumba pasukan Marinelli Snipers, Romano Fenati telah melakukan kesilapan yang mungkin akan menamatkan karier perlumbaannya.

Selepas dikenakan hukuman gantung dua perlumbaan, pasukan Marinelli Snipers telah memecat Fenati daripada mewakili mereka.

Berikut adalah antara isi penting daripada kenyataan rasmi Fenati.

“Pagi ini, dengan fikiran yang jelas, saya harap semua yang telah berlaku ini hanya satu mimpi ngeri.

“Apabila saya fikirkan semula semua momen itu, saya akui telah melakukan tindakan yang salah. Saya bukan manusia. Semua kritikan memang betul dan saya faham tentang kemarahan yang dihamburkan ke atas saya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua yang percaya kepada saya dan terluka dengan tindakan saya ini. Malangnya, saya mempunyai karekter yang impulsif. Bukan niat saya untuk membahayakan nyawa pelumba lain.

“Saya tidak mahu menegakkan benang yang basah. Saya tahu tindakan ini tidak boleh dimaafkan dan saya hanya mahu memohon maaf kepada semua. Sekarang saya ada masa untuk muhasabah diri dan tenangkan fikiran,” kata pelumba kelahiran Itali itu penuh kesal.

Pelumba Britain, Cal Crutchlow yang berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga dalam perlumbaan di litar Misano hujung minggu lalu menegaskan Fenati wajar diharamkan daripada berlumba seumur hidup.

“Dia tidak patut berlumba lagi. Anda tidak boleh melakukan perkara ini kepada pelumba lain. Cukuplah kami risikokan nyawa ketika berlumba,” kata Crutchlow.

Google ads
Back to top button