Motosikal

SPESIFIKASI CBR 250RR: 36HP, ABS & KELAJUAN MAKSIMUM 170KM/J

Honda CBR 250RR dilancarkan secara rasmi pada Julai lepas di Indonesia. Dengan harga asas 65 juta rupiah (RM20,150), tanpa sebarang spesifikasi pun didedahkan, motosikal ini didakwa menerima jumlah tempahan luar biasa.

Sewaktu Marc Marquez dalam perjalanan pusingan Philips Island ke Litar Antarabangsa Sepang, beliau telah singgah 2 hari  di Indonesia dalam satu rangka lawatan. Hari ini, beliau telah ke litar Sentul, Jawa Barat dan menguji Honda CBR 250RR.

batch_Honda-CBR250RR-Gaikindo-2016-mekanika4

Spesifikasi Honda CBR 250RR juga didedahkan pada hari ini. Setelah berteka-teki sekian lama, akhirnya, diumumkan spesifikasi yang ditunggu-tunggu oleh ramai pencinta 2 roda. Berikut adalah butirannya;

Enjin

4 lejang DOHC 249.7cc, 2 selinder sebaris, sejukan cecair dan sistem suntiikan bahanapi, omboh 62mm X 41.4mm. Nisbah mampatan 11:5:1, RIDING MODE, Throttle drive by wire.

Kuasa

36.2HP @ 12,500 RPM, 22.5Nm @ 10,500 RPM

Pelinciran

1.9 liter

Transmisi

6 kelajuan

Suspensi

Depan USD, belakang Prolink Honda.

Tayar dan Brek

Hadapan 110/70-17, belakang 140/70-17, Brek hadapan 310mm, belakang cakera omboh tunggal.

 

spec cbr 250rr

 

Google ads
Back to top button