Motosikal

SPYSHOT: BMW ADVENTUR PALING KECIL – GS310

Sejak tahun 2013, BMW giat membangunkan motosikal naked terkecil mereka G310. Model ini dibangun hasil kerjasama BMW Motorrad dengan TVS, pengeluar motosikal dari India.

Rekaan dan kejuruteraan G310R dilakukan di Munich, Jerman. Namun untuk produksi dengan harga lebih kompetitif, ia dipasang di kilang TVS di Bangalore, India. G310R  dijana oleh enjin bersesaran 313cc. Model G310R pernah dipertontonkan oleh BMW Motorrad Malaysia pada pertengahan tahun lalu.

BMW-GS300-02

Baru-baru ini tersebar set foto risikan unit kembar G310R yang sedang diuji. Jelas, ia model yang ditransformasikan kepada motosikal adventur terkenal BMW – GS. Secara teknikalnya, kita boleh memanggilnya sebagai GS310R / GS300R.

Agak ketara, ia memanipulasi DNA rangkaian GS (800/1200). Unit ujian didatangkan dengan rekabentuk paruh burung depan, tangki petrol yang tinggi dan lebih besar dari model naked, sirip sisi dan suspensi usd di depan.

BMW-GS300-03

Ia dijana oleh enjin yang sama, satu silinder dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 34hp @ 9,500 rpm. Sementara torknya pula  20.6ftlb @ 7,500rpm. Padanan transmisi enam kelajuan sebagaimana G310R membolehkan memecut sehingga 144km/j.

Untuk rekod, model naked G310 akan mula dijual di Indonesia pada penghujung tahun ini. Debut global G310 dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat. Model GS ini juga mungkin akan dilancarkan serentak

BMW-GS300-01

Melalui

Morebikes.co.uk

Google ads
Back to top button