Motosikal

SPYSHOT : MODENAS ELEGAN 250CC & “KARISMA” 125CC SAH DILANCAR 18 NOV

Semalam kami mendedahkan pengumuman rasmi yang dibuat oleh Modenas berkenaan 2 model yang akan dilancarkan bulan hadapan. Hari ini, kami mendapat tarikh tepat acara pelancaran yang akan dijalankan pada 18 November nanti.

Bagi anda yang ketinggalan, Modenas telah pun menjalinkan kerjasama dengan Kymco. Mereka mendapat hak pengedaran jenama dan juga penjenamaan semula model Kymco untuk motosikal di bawah 250cc di Malaysia.

Kymco adalah pembekal kepada BMW Motorrad menerusi model maxi-skuter C650 dan Kawasaki J300. Itu sudah jelas meletakkan jenama mereka dipercayai dan di Eropah. Mereka kini merupakan pengeluar skuter ke 5 terbesar di dunia.

Ini adalah gambar risikan terkini skuter Modenas 250cc yang apa kami percaya akan diletakkan dengan lencana “Elegan”. Jika anda tanya pada saya, Ya, saya akan pilih nama Elegan sebab kerana namanya sangat ikonik dengan Modenas.

Jka melihat pada garis badan seperti yang kami bandingkan di bawah, jelas Elegan mengambil model X-Town sebagai asas. Kymco hanya menghasilkan model 300cc bagi X-Town dan Modenas telah menggantikan stroker lebih kecil, 250cc untuk disesuaikan dengan sistem lesen memandu di Malaysia. (sama kesnya Yamaha R25 di Asia dan R3 di Eropah)

modenas elegan 250 vs xtown 300

Modenas Elegan 150cc dan 200cc (yang di rebadge dari SYM) adalah skuter yang telah memberi pilihan kepada rakyat Malaysia membeli skuter pada harga mampu milik. Ia telah membuka jalan kepada jenama luar yang akhirnya SYM membawa masuk model GTS 200 dan Evo 250i dan jual lebih baik dari Modenas sendiri.

Semuanya berkenaan dengan harga jualan. Jika Modenas menjual “Elegan” 250cc ini pada harga yang tepat, ia bakal jadi goreng pisang panas. JIka, silap percaturan, Modenas boleh kembali tidur lena.

Sebagai panduan, sewaktu Kymco diedarkan oleh Motorcycle Best Buy (MBB) harga Kymco Downtown 200cc ialah RM17,000 dan Xciting 300 RM21,000.

Jadi adakah wajar harga Modenas 250cc berada diantara RM17KRM21K?. Sudah tentu tidak, saya kira, Modenas perlu melihat julat harga Sym EVO 250 dan meletakkan Elegan lebih rendah sebagai manfaat jenama tempatan. Harga jualan seharusnya berada pada julat RM13,000 – RM15,000.

Sekali lagi, ia adalah tentang harga jualan. Jangan lakukan kesilapan sama yang dibuat MBB. Kymco Xciting 400i pertama dijual pada harga RM24,000 dan 2 tahun kemudian meninggal dunia pada RM29,000.

Pada harga ini, orang dah mula alihkan perhatian pada Honda Forza, Aprilia SR-MAX dan Kawasaki J300.

karisma vs passion

Selain Elegan 250cc, Modenas juga akan perkenalkan varian skuter lebih kecil berkapasiti 125cc. Jika dilihat garis masa model sebelum ini, Modenas ada Karisma dan Passion. Masing-masing berkapasiti 125cc.

Dari segi nama, kami lebih menggemari Karisma. Lebih Nasionalis bunyinya. Model 125cc ini kami belum mendapat gambaran bagaimana rupabentuknya tapi jika dilihat dari model yang dikeluarkan Kymco, berkemungkinan besar datangnya dari model Ace 9.

kymco karisma

Namun apa yang agak aneh, dalam laman web rasmi Kymco di bahagian manual servis sudah tertera satu model yang dikenali dengan kod SM-Karisma 125-ACE9(MY)-EN. Kalau mengambil kira kod mudah tersebut, ia adalah Karisma-125cc- dan MY mewakili Malaysia.

Jadi adakah ini modelnya? Jika benar, ia memang cantik dan sporty berbanding badan ikan kembung Karisma model pertama Modenas.

 

 

 

Google ads
Back to top button