Motosikal

RASMI: MODENAS LANCAR 2 SKUTER BULAN DEPAN, SUPER MOPED PADA 2017

Sejak kami mendedahkan maklumat kerjasama Modenas-Kymco, banyak pembaca melihatnya sebagai satu kerjasama serius. Nampaknya, kita berkongsi pandangan yang sama. Memegang jenama kuat seperti Kymco adalah satu peluang besar di mana kami melihatnya detik keemasan buat Modenas untuk bangkit dari lena. Banyak orang di luar industri sangka bahawa pembuat motor terbaik datangnya dari benua Jepun dan Itali. Mereka skeptik dengan Kymco yang dilahirkan di Taiwan. kymco spy (5) The Big 4 (Kawasaki, Honda, Yamaha dan Suzuki) sering dilihat sebagai jenama Laras pertama (Teir 1).

 

 

 

 

 

 

 

Namun jauh dari sudut pembangunan motor berasaskan skuter, Kymco setaraf dengan Jepun dan dalam sesetengah segmen, mereka kini berada di aras atas. Sewaktu majlis penghargaan wira-wira Haji dari misi Road to Hajj 2016 Sabtu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, En. Amirudin Abd Kadir memberitahu bahawa Modenas sudah menyiapkan 2 model pertama yang dihasilkan dengan kerjasama Kymco. Walaupun tidak memberitahu secara spesifik, kami mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai ianya skuter berkapasiti 125cc dan 250cc. Setelah beberapa kali tertangguh, ia dijangka dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan.

kymco 300
Adakah model ini yang akan memakai lencana Modenas?

Dalam ucapannya juga, Encik Amirudin memberitahu pelan perniagaan Modenas yang ingin bangkit dari kedudukan sekarang untuk kembali menjadi pemain utama. Lebih tepat, Modenas berhasrat untuk menjadi pengeluar motosikal Nombor 1 menjelang tahun 2020. Bagi tujuan tersebut, mereka juga telah merancang pelancaran supermoped 150cc yang akan dilancarkan selewat-lewatnya pada suku kedua 2017. Super kapcai ini dijangka akan memberi saingan pada Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R.

Elok lah cepat sikit dah lama sangat dah projek 150cc ni. Daripada awalnya hype lama-lama jadi basi pula nanti. Modenas juga sedang dalam usaha pembangunan model-model sampingan. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Modenas turut menjalinkan kerjasama dengan Bajaj dan akan memperkenalkan segmen naked kecil (Seperti yamaha FZ150i) pada projek akan datang. Realitinya, untuk menjadi pemain utama, mereka perlu sediakan banyak pilihan kepada pengguna selain daripada model-model klasik dan olskool Kriss MR1 100cc dan Dinamik.

TUNGGANG UJI MODENAS CT115!
Modenas CT115

Buat masa ini yang kami tahu modenas yang laris dibeli ialah MR1 dan Dinamik 2 lejang. Sebenarnya, Modenas masih lagi menjual model sejuk-beku seperti GT128, CT100, 118Efi, Ace 115 dan terbaru CT115 yang kami dah tunggang uji. Kami akan memaklumkan perkembangan terkini sebaik sahaja mendapat info dan kami juga seperti anda, tak sabar nak tunggu skuter baru ini.

Google ads
Back to top button