Artikel Pilihan

SUBARU IMPREZA CASA BLANCA – WAGON KLASIK UNTUK MASA DEPAN

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Di Jepun, selera pemiant keretanya kadangkala pelik dan kadang kala sukar untuk dihadam. Disebalik penggemar kereta kompak dan kereta racing, masih wujud sebenarnya golongan yang menghargai kereta yang berorientasikan paras rupa klasik. Dan bagi memenuhi citarasa penggemar kereta klasik, selain daripada membina kereta wagon daripada keluaga Impreza, Subaru turut pernah membina sebuah wagon klasik, Subaru Impreza Casa Blanca nama diberi.

BACA : SUBARU IMPREZA GC8 WAGON WRX – SELAMBA AJA BAWA MAIN RALI

BACA : RAJA BOXER – SUBARU: ENJIN FB GENERASI BARU

Tolong jangan tanya apa Brader Karrager nama dia Casa Blanca, padahal boleh sahaja nak letak nama Subaru Impreza Wagon Classic kan? Tapi itulah, model yang dibina daripada Impreza generasi pertama ini ini sememangnya khusus untuk pasaran Jepun sahaja dan kebarangkalian melihatkan model ini d negara lain tampak mustahil. Tapi dengar kata, ianya turut dipasarkan di Taiwan juga. Dan sebagai sebuah model yang dianggap istimewa, Subaru hanya membina sebanyak 5000 unit sahaja pada tahun 1999/2000. Super duper rare dah wagon ini sebenarnya. Kalau masuk Mudah cawangan Jepun entah berapalah gamaknya harga yang budak-budak sana letak.

Subaru Impreza Casa Blanca ini jelas ke-retro-annya apabila menampilkan lampu bulat berkembar besar dan kecil sebagai penyuluh kehidupan di malam hari. Malah, kemasan krom yang meliputi perumah lampu utama, bampar dan juga gril menambahkan lagi rupa klasik wagon ini.

Boleh tahan banyak juga kerja Jurutera Subaru ni nak mereka semula Impreza Wagon ini supaya hasil akhirnya tidak kelihatan terlalu “kartun”.

Jikalau ada yang beranggapan bahawa enjin boxer ini sama seperti WRX barangkali anda silap. Model wagon klasik ini hanya menggunakan enjin 1.5  EJ15. Kira memang cukup lemaulah dengan hanya kuasa kuda 96hp. Tapi memandangkan ianya dipandu oleh golongan retro juga, maka kelajuan dan kuasa tidak lagi menjadi faktor utama. Sebaliknya, apabila banyak mata yang tertoleh, barangkali itulah kepuasan sebenar dalam diri pemilik.

Mujur juga pasca era Milenium ini tidak ramai lagi peminat yang menggemarinya. Acah-acah klasik. Kalau nak klasik, kita pilih yang ori punya punya klasik, iya tak?

 

Tags
Google ads
Back to top button
Close