Artikel Pilihan

OPEL CROSSLAND – CROSSOVER KIUT UNTUK SI DIA

Pembuat Opel juga nampaknya sealiran dengan pembuat kenderaan dari jenama jenama besar yang lain, mengeluarkan model Crossover / SUV secara massa kepada pengguna. Kini, pembuat dari Jerman ini bersedia untuk memperkenalkan model Crossover versi 2021, Opel Crossland.

Barangkali, penggemar Opel di luar sana dapat membezakan penampilan Opel kali ini. Buat pertama kalinya, Opel mengaplikasikan rupa hadapan dengan tema baharu, Vizor. Rekaan gril hadapan diintegrasikan bersama dengan lampu utama jenis LED membuatkan penampilan Opel Crossland ini lebih berani, menyamai penampilan saudaranya si Opel Mokka.

Juga kelihatan di bahagian hadapan adalah Skid Plate bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa ini adalah sebuah model Crossover dan bukannya spesis daripada Myvi. Dan gabungan dua tona bumbung berwarna hitam membuatkan ianya kelihatan cukup ngam sekali untuk sebuah Crossover / SUV. Nampak sporty dan rugged. Apatah lagi Skid Plate turut digunakan di situ.

Rupa dalaman Opel Crossland ini juga tidak terlalu sarat dengan pelbagai butang yang canggih. Tapi sebenarnya canggih juga apabila Opel Crossland ini mempunyai sistem HUD (Head Unit Display) untuk memaparkan beberapa info penting kepada pemandu tanpa mengganggu pandangan mata. Sistem hiburan pula boleh diintegrasikan bersama Apple Play atau pun Android.

Dari segi pemilihan padanan trenkuasa, pengguna boleh memilih diantara enjin petrol 1.2 liter atau pun enjin diesel 1.5 liter lengkap dengan pengecaj turbo yang mana keduanya mampu menghasilkan kuasa sekitar 83 HP hingga 130 HP (petrol) dan 110 HP hingga 120 HP (diesel).

Walaupun Crossover ini kelihatan comel dan kiut, namun sekiranya dipandu oleh kaum lelaki yang berkeluarga tidaklah segan sangat sebenarnya. Apatah ruang kargo di belakang mempunyai keluasan sehingga 510 liter tanpa perlu menjatuhkan kerusi belakang.

Spessifikasi keselamatan Opel Crossland ini boleh tahan canggih juga apabila dilengkapi dengan ciri seperti Lane Departure Warning, Side Blind Spot Alert, Forward collision Alert, Driver Drowsiness Alert serta Automatic Park Assist. Kira dia punya canggih setara dengan model premium yang ada di luar sana. Paling menarik apabila Sistem Cruise Control yang ada turut berupaya untuk membaca Had Kelajuan yang dibenarkan. Tengah rilek memecut 110 km/j, jangan terkejut pula jika meter kelajuan menurun sehingga ke 90 km/j kerana penggunaan sistem ini.

Model yang disasarkan untuk bersaing dengan model Crossover seperti Renault Captur ini, dijangka dijual pada harga sekitar £20,000  (RM108,333), harga yang lebih kurang sama seperti pesaingnya juga.

BACA : OPEL MOKKA-E – INI BARULAH KERETA MAK KAU HIJAU

BACA : OPEL INSIGNIA GRAND SPORT – MODEL KEMEGAHAN UNTU CEO

Google ads

B K

Back to top button