Artikel Pilihan

TESLA SAMAN PELANGGAN DAN WARTAWAN KERANA MENGKRITIK MEREKA – EH MENANG PULAK TU

Berita tentang Tesla dan kenderaan keluaran mereka memang popular. Rasanya hampir berita negatif lebih banyak kot kebelakangan ini. Jadi apa tindakan Tesla untuk mengatasi masalah ini? Mudah je, failkan saman untuk mereka yang memberi kritikan negative termasuklah pelanggan mereka sendiri!

Associated Press (AP) menemui bukti yang Tesla telah mengambil tindakan undang-undang kepada hampir enam orang pemilik di China yang membuat aduan tentang kualiti pembuatan kenderaan keluaran mereka. Ada juga yang mendakwa kemalangan yang dialami adalah disebabkan kerosakan mekanikal kenderaan Tesla.

Agensi berita tersebut juga mendakwa Tesla telah menyaman sekurang-kurangnya enam orang blogger dan dua firma media yang memberikan komen negatif terhadap produk mereka dan lebih mengejutkan lagi Tesla menang dalam semua saman tersebut. Ada yang diselesaikan di luar mahkamah dan ada yang masih dalam peringkat rayuan.

In memang menarik memandangkan Tesla merupakan syarikat asing di China dan kita tahu bagaimana mahkamah di sana sentiasa memihak kepada warga mereka. Namun ternyata tidak dalam kes-kes saman melibatkan Tesla.

Seorang pemilik Model 3, Zhang Yazhou percaya kemalangan pada 2021 yang mengakibatkan kedua ibu bapanya mengalami kecederaan adalah akibat kegagalan brek. Beliau melakukan protes umum dengan duduk di atas kereta yang remuk dan menyuarakan protes dengan pembesar suara.

Tesla menyaman Zhang dan menang. Mahkamah mengarahkan Zhang membayar USD23K kepada Tesla dan membuat permohonan maaf. Zhang menolak dan menyatakan beliau menggunakan haknya sebagai pengguna untuk mengkritik dan memberikan komen.

Seorang lagi pemilik yang juga seorang blogger, Feng Shiming diarahkan mahkamah supaya membayar USD34K kepada Tesla kerana menulis mengenai kegagalan brek pada Model S milik beliau sendiri.

Media pula dikatakan tidak dibenar untuk menulis perkara-perkara negative mengenai Tesla dan produknya kerana ia diperkenalkan dan dilindungi oleh kerajaan Shanghai. Ooo patut lah, ada abang besar di belakang rupanya.

Google ads
"
"
Back to top button