
TIGA JENTERA TOYOTA BERJAYA TAMAT PERLUMBAAN IDEMITSU SUPER ENDURANCE SOUTHEAST ASIA TROPHY 2023
Toyota Motor Corporation baru-baru ini telah menyertai Idemitsu Super Endurance Southeast Asia Trophy 2023 (Thailand 10-hour Endurance Race) yang diadakan pada 22-23 Disember di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.
Pembuat kereta Jepun itu bersaing dengan persediaan tiga kenderaan untuk Rookie Racing, menampilkan konsep ORC Rookie GR86 CNF, GR86 yang menggunakan bahan api neutral karbon, konsep ORC Rookie GR Corolla H2, Corolla berkuasa hidrogen dan CP Rookie Prius CNF- Konsep HEV GR, menggunakan bahan api neutral karbon.
Hasilnya, ketiga-tiga kenderaan itu menamatkan perlumbaan dengan dua pasukan ORC ROOKIE Racing masing-masing berjaya menempatkan diri di posisi keempat dan ke-55 sementara CP ROOKIE Racing pula meraih kedudukan ke-11 secara keseluruhan.

Untuk rekod, Toyota menggunakan hidrogen keluaran tempatan daripada Kumpulan Charoen Pokphand (CP), rakan kongsi yang bekerja untuk mencapai neutral karbon di Thailand.
Toyota juga cuba mengembangkan pilihan neutral karbon melalui sukan permotoran dengan GR86 dan Prius menggunakan bahan api neutral karbon.
Enjin hidrogen Corolla sebahagiannya menggunakan hidrogen yang dibuat dengan biogas, di mana ia dihasilkan menerusi najis ayam daripada ladang ayam CP.

Selepas perlumbaan, pengerusi Akio Toyoda, menyatakan bahawa perlumbaan ini adalah untuk menunjukkan hidrogen dan hibrid sebagai pilihan neutral karbon.
“Walaupun menghadapi masalah, kami dapat menamatkan perlumbaan. Saya mempunyai tanggapan bahawa Prius dan kereta hibrid diterima baik oleh rakyat Thailand tahun ini.”
“Kami bekerjasama dengan CP bagi mengurangkan pelepasan CO2 di Thailand dengan memanfaatkan bidang kepakaran kami masing-masing. Sukar bagi satu syarikat untuk mencipta pergerakan neutral karbon dan masa depan mobiliti sahaja.”
“Saya percaya bahawa jika ramai orang bekerjasama, bilangan rakan kongsi yang berfikiran sama akan meningkat dan landskap masa depan pasti akan berubah.
“Saya ingin hidup dalam dunia di mana kita semua mencipta masa depan bersama-sama dan menyokong mereka yang bekerja keras ke arah matlamat ini,” katanya.
- BACA: TOYOTA SERTAI IDEMITSU SUPER ENDURANCE SOUTHEAST ASIA TROPHY 2023 – TAMPIL DENGAN MODEL TENAGA BAHARU
- BACA: TOYOTA CROWN CROSSOVER EDISI TERHAD TERIMA KEMASAN CAT BAHARU ‘MATTE METAL’ – HARGA BERMULA RM240K
- BACA: TOYOTA CROWN SPORT PHEV DIPERKENALKAN – LEBIH RANGGI, JANA 302HP DAN TAWAR JARAK GERAK 90KM TANPA SETITIS BAHAN API
- BACA: TOYOTA BAKAL PERKENALKAN GR YARIS RZ-H – KALI INI DENGAN GEAR AUTO TUAN-TUAN






