
TMS 2013 – YAMAHA R25
Bagaimana kalau ada sebuah superbike yang mesra penunggang dan boleh ditunggang seperti motosikal lain untuk kegunaan harian? Memang menarik bukan? Mesti sudah tidak lambat sampai ke pejabat atau hantar anak ke sekolah.
Itulah konsep di sebalik model R25 yang diperkenalkan oleh Yamaha pada acara Tokyo Motor Show 2-13 (TMS2013) yang berlangsung baru-baru ini. Yamaha R25 dikatakan bakal menggunakan enjin dua silinder sebaris yang baru dibangunkan.
Enjin dengan sistem penyejukan cecair itu kemudian dipasang pada chasis yang ringan, slim dan kompak. Penampilannya mengambil inspirasi model yang bersaing dalam perlumbaan MotoGP iaitu Yamaha YZR-M1.
Yamaha mendakwa jentera tersebut menawarkan tunggangan penuh kuasa dan sporty pada tujahan rpm enjin yang tinggi. Tetapi pada masa yang sama mudah untuk dikendalikan.
“Ini merupakan motosikal jalanan yang disuntik dengan DNA Yamaha Motor Racing,” kata penunggang uji yang juga pelumba MotoGP, Valentino Rossi selepas menunggang uji Yamaha R25.
Pengeluar motosikal terkemuka dari Jepun itu akan memposisikan Yamaha R25 sebagai model entry level dalam kategori sportbike untuk pasaran negara maju seperti Jepun dan Eropah.
Sementara bagi pasaran negara membangun terutama di Asia pula, Yamaha R25 bakal ditawarkan sebagai sebuah model sportbike berprestasi tinggi.
Jika ditawarkan ke pasaran tempatan (tak tahulah tahun bila), jentera ini akan bersaing dengan model-model seperti dan Kawasaki Ninja 250R.
[hr]Galeri



















