Modifikasi

TOYOTA KE70 DRIFT

Toyota Corolla KE70 ini tidak boleh dikategorikan sebagai kereta kegunaan harian. Tetapi lebih kepada kereta yang digunakan untuk perlumbaan drift. 

36

Semangat sukan bermotor rakyat Malaysia memang cukup tebal. Walaupun rata-ratanya tak berduit sangat nak main. Sekali lagi, kereta lama macam ini yang menyelamatkan keadaan.

Corolla milik Johar asalnya sebuah Corolla KE70 1.3 liter yang dahulunya menjadi  kereta keluarga pilihan ramai rakyat Malaysia. Jumlahnya yang banyak di Malaysia dan reputasi tahan lasak jenama Toyota membuatkannya cukup mudah untuk dibeli di pasaran terpakai dengan harga yang murah.

SONY DSC

Tak dapat Nissan Silvia S13 untuk buat kereta drift? Tiada masalah. Masukkan sahaja enjin SR20DET daripada half-cut Nissan Silvia pada badan Corolla tua ini, habis cerita. Tak main lah enjin Silvia S13. Alang-alang masuk enjin “black top” daripada half-cut S14. Jangan tanya pasal street legal, nama pun kereta drift. Jadi itu adalah perkara kedua.

Enjin SR20DET itu dinaik taraf menerusi penggantian piston asal kepada piston oversize 87mm dengan kepala silinder enjin menjalani kerja-kerja port dan polish. Turbin Garret jenis ball-bearing asal dikekalkan. Tetapi manifold ekzos diganti dengan manifold jenis banana custom.

SONY DSC

Paip intercooler asal juga diganti dengan paip keluli tahan karat buatan custom. Sebabnya intercooler side mount asal Silvia telah diganti dengan intercooler front mount jenis custom. Gas ekzos dilepaskan ke udara melalui paip custom 2.5 inci dengan peredam bunyi Blitz.

Bunyi bersin ketika pendikit dilepaskan adalah hasil kerja injap blow-off Blitz dan udara yang disedut oleh turbo ditapis oleh penapis udara HKS. Enjin disejukkan oleh sebuah radiator aluminum custom dengan hos-hos air. Manakala vakum diganti dengan hos silikon buatan Samco.

38

Tahap boost ditala sederhana di tahap 1.2 bar. Tetapi enjin uni sudah siap-sedia dengan empat unit alat pancitan bahan api tambahan bagi memastikan enjin mendapat bekalan banan api secukupnya pada setiap masa. ECU asal enjin juga telah ditala semula (reflash) untuk disesuaikan dengan modifikasi enjin.

Kuasa enjin disalurkan melalui kotak gear manual lima kelajuan standard SR20 dengan klac Exedy sebagai pelapik antara enjin dan gear. Gandar belakang diganti dengan gandar belakang AE86 yang diubah suai untuk chasis Corolla ini.

SONY DSC

Untuk mendapat pengendalian yang dimahukan, penyerap hentak depan diganti dengan penyerap hentak boleh laras sepenuhnya buatan Tein yang diambil daripada model Silvia S13. Suspensi belakang pula melibatkan sepasang penyerap hentak Tein AE86.

Corolla yang beratnya kurang satu tan ini diberhentikan oleh brek Nissan Skyline 4 pot di hadapan dan 2 pot di belakang. Jangan ditanya macam mana brek ini boleh dimasukkan ke chasis Corolla ini. Saya pun tak tau, tetapi inilah realitinya.

35

Ruang arca roda kereta-kereta lama jangan harap boleh muat rim yang lebar dan besar. Zaman dulu, kalau guna rim 14 inci pun dah kira champion. Kalau pasang 15 inci, dia la King di kampung.

Zaman moden semua orang pakai rim lebar dan besar, lagi-lagi untuk kereta nak buat drift. Jadi, ruang arca roda Corolla ini dilebarkan dengan membentuk semula arca roda asal menggunakan kepingan besi. Ruang itu kemudian disumbat dengan rim aloi Jepun 2 piece 16 inci dan tayar Nexen N6000 bersaiz 205/45.

SONY DSC

Di ruang kabin, semua karpet dan kemasan ditanggalkan. Kereta lumba buat apa nak ada karpet? Roll cage buatan custom dipasang di dalam kereta. Tempat duduk Recaro SR3 dengan harness Takata menggantikan tempat duduk asal yang sudah berusia lebih 30 tahun. Stereng OMP jenis mangkuk, turbo timer HKS dan meter boost M’s mendominasi papan pemuka Corolla ini.

SONY DSC

Corolla KE70 seperti ini adalah simbol semangat golongan pertengahan yang ingin menggunakan apa sahaja kereta sesuai untuk dijadikan kereta lumba bersama bajet yang amat terhad. Saya memang kagum dan hormat anda semua!

[hr]GALERI

3SONY DSCSONY DSCSONY DSC323334

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button