Buletin

TRAK TENTERA BOWLER CSP RIV. LEBIH COOL DARIPADA HUMVEE, BIDAAN BERMULA RM103K

Bowler memang terkenal dalam penghasilan antara model off-road terbaik di dunia yang menggunakan chasis Land Rover.

Tahukah anda bahawa firma itu juga membangunkan kenderaan tentera Rapid Intervention Vehicle (RIV) sejak beberapa tahun lalu?

Dikenali sebagai Bowler CSP RIV, jentera tersebut mula dipamerkan pada acara Pameran Pertahanan dan Peralatan Keselamatan Antarabangsa 2017. Ia dibina dengan kerjasama Kementerian Pertahanan United Kingdom.

Model off-road tersebut dibina di atas Platform Silang Sektor (CSP). CSP ialah sebuah binaan versatil dengan subsistem modular dan komponen yang boleh memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza.

Sama ada untuk tujuan pertahanan atau perkhidmatan kecemasan, ia digerakkan oleh enjin berkuasa 300bhp fan tork 700Nm.

Enjin yang diambil daripada Land Rover itu kemudian dipadankan bersama kotak gear ZF dengan fungi jarak jauh/dekat dan pacuan empat roda.

Ia juga dipasang dengan suspensi bebas jenis long travel bagi membolehkannya mengharung apa jua permukaan jalan dengan cemerlang. Model dengan kapasiti empat tempat duduk itu mempunyai berat 2 tan.

CSP RIV ini ialah sebiah model konsep. Sebab itulah jarak perbatuannya sangat rendah iaitu Cuma 275km. Walaupun boleh berfungsi sebagaimana yang diharapkan, ia tidak pernah didaftarkan.

Di beberapa pasaran, jentera tersebut mungkin mustahil boleh dipandu di atas jalan biasa.

Kini, CSP RIV akan dilelong oleh firma lelongan RM Sothebys dan dianggar dapat dijual pada harga AS$91,170 (RM368,000) hingga AS$121,560 (RM491,000).

Lelongan bakal berakhir pada Sabtu ini. Setakat ini, bidaan yang diterima hanya AS$25,530 (RM103,000).

GALERI

Google ads
Back to top button