Artikel Pilihan

VOLVO TAMATKAN ENJIN DISEL SELAMANYA – SELEPAS INI GILIRAN PETROL PULA

Volvo sebelum ini pernah berjanjin untuk menamatkan pengeluaran kenderaan berenjin disel pada awal 2024 dan kini ia sudah berlaku. Model terakhir ialah XC90 disel yang diproduksi di kilang Torslanda menandakan tamatnya era disel Volvo yang bermula 45 tahun dahulu. XC90 berwarna biru itu bagaimana pun tidak akan dihantar ke mana-mana pelanggan mereka sebaliknya akan dipamerkan di muzium untuk tatapan generasi akan datang.

Dikatakan Volvo telah menghasilkan lebih 9 juta unit kenderaan dengan enjin disel sejak tahun 1979 namun kerana ketiadaan rekod dari tahun 1979 hingga 1991 kemungkinan angka tersebut adalah lebih tinggi. Kini perjalanan model terakhir mereka akan berhenti di muzium World of Volvo di Gothenburg.

Episod disel Volvo bermula dengan model 244 GL D6 tapi menariknya ia tindak menggunakan enjin buatan Volvo. Sebaliknya ia menggunakan enjin NA enam selinder yang dipinjam daripada VW dan Audi.

Volvo hanya mula menghasilkan enjin sendiri pada tahun 2001. Ia merupakan enjin disel lima selinder yang dikeluarkan di kilang mereka di Skovde.

Pada tahun 2017, Volvo mengumumkan rancangan untuk menghentikan pembangunan enjin disel. Bulan lepas kenderaan berenjin enjin disel terakhir mereka (V60) dihasilkan di Ghent, Belgium dan kini ia sudah dikeluarkan dari senarai produksi.

Langkah seterusnya ialah menamatkan terus produksi kenderaan dengan enjin ICE. Tidaaaaaak… Walaupun jenama lain seperti Mercedes dan BMW sedang menilai kembali rancangan EV mereka, Volvo masih mengikut rancangan asal usul mengeluarkan model-model EV sepenuhnya penghujung dekad ini.

Google ads
Back to top button