Motosikal

WARNA BAHARU KAWASAKI Z900 – HARGA TIDAK BERUBAH, ADA DI PASARAN MULAI 19 APRIL 2018   

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) baru-baru ini mengumumkan kehadiran jentera Kawasaki Z900 dengan warna baharu, hijau hitam metalik.  

Sejak tampil di pasaran untuk menggantikan model Z800, Z900 dilihat terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

Z900 dengan warna baharu itu bakal berada di pasaran mulai 19 April 2018. Menerusi pengenalan warna tersebut, pilihan warna untuk Z900 kini lebih banyak iaitu kelabu dan hijau untuk varian Z900 ABS standard, selain metalik biru dan merah bagi versi Edisi Khas.  

Jentera naked ini dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair.

Mampu menjana kuasa mencecah 125PS pada 9,500rpm dan tork puncak 98.6Nm pada 7,700rpm, ia dipadankan dengan transmisi bersama ciri untuk tunggangan lebih lancar.

Google ads
Back to top button