Motosikal

WARNA BAHARU YAMAHA R25!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini mengumumkan warna baharu bagi model Yamaha R25.

Yamaha-R25-new-colour-2016-mekanika (3)

Kini Yamaha R25 didatangkan dengan warna biru dan kelabu matt. Model 250cc berkenaan sudahpun berada di pasaran. Dengan ini, warna lama iaitu merah dan biru sudah dihentikan pengeluarannya.

Harga jualan selepas GST ialah Rm20, 630.78 (tanpa cukai jalan, pendaftaran nombor pendaftaran dan insurans).

Yamaha-R25-new-colour-2016-mekanika (4)

Sebagaimana yang telah dilaporkan sebelum ini  Yamaha YZF-R25 menggunakan khidmat enjin Diasil silinder dua sebaris, DOHC, lapan injap dengan sistem penyejukan cecair.

Enjin bersesaran 250cc itu turut dilengkapi sistem pancitan bahan api induksi dan piston tempaan. Enjin berkuasa 26.5 kW @ 12,000 rpm itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Yamaha-R25-new-colour-2016-mekanika (1)

Dengan reka bentuk badan yang ringan bersama titik graviti yang sempurna, nisbah berat kuasa berada pada tahap yang terbaik.

Menjadi sebahagian daripada keluarga jentera R-series, R25 memang menjadi model hangat di semua pasaran yang disertainya seperti Indonesia dan Malaysia.

Yamaha-R25-new-colour-2016-mekanika (5)

Baca laporan pelancaran Yamaha R25 di SINI. Baca laporan tunggang uji Yamaha R25 di SINI.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button