Motosikal

WMOTO ES250i SE 2024 DILANCARKAN – RM14,508

MForce memperkenalkan WMoto ES250i SE untuk pasaran tempatan yang tampil dengan warna lebih segar bagi 2024. 

Skuter bersesaran 250cc itu kini hadir dengan warna hitam dan putih dengan masing-masing menampilkan grafik berwarna biru dan merah di bahagian panel badan. 

Atas kertas, ES250i SE 2024 ini kekal dikuasakan enjin satu silinder 244.3cc (Euro4) yang berupaya menjana 20.9hp pada 8,500rpmm mdan 21Nm pada 6,500rpmm. Sekadar perbandingan, Yamaha XMax 250 menawarkan 22.5hp dan 24.3Nm. 

Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT konvensional .

Perincian lain yang kekal ditawarkan termasuk fungsi Alarm Key Findings yang memudahkan pencarian lokasi skuter di kawasan parkir, ABS dwi-saluran yang dipadankan bersama cakera brek 240mm serta tangki berkapasiti 12L. 

Menariknya, skuter ini hadir dengan suspensi berjenama KYB berupa fork teleskopik depan penyerap hentak berkembar di belakang. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • lampu kecemasan (hazard light)
  • lampu LED depan dengan DRL
  • panel meter digital dan analog
  • ruang simpanan 19L

MForce dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan harga jualan rasmi WMoto ES250i SE 2024 adalah RM14,508 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

GALERI: WMOTO ES250i SE

Google ads
Back to top button