WMOTO RT1 DAPAT CIRI TAMBAHAN BAGI TAHUN 2024- RM9,888
WMOTO RT1 kini hadir dengan tiga pilihan warna baharu bagi tahun 2024 sekaligus tampil lebih segar.
Menurut MForce Bike Holdings, WMOTO RT1 kini datang dengan warna Sky Blue, White dan Matte Red dan dijual pada harga RM9,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Menariknya, naik taraf kali ini bukan sahaja merangkumi warna malah RT1 kini dilengkapi dengan slot pengecas USB yang ditempatkan di bahagian ruang simpanan depan.
Ciri baharu ini menjadikan RT1 sebagai skuter yang lebih praktikal bagi tahun 2024.
Dalam pada itu, RT1 terus dikuasakan enjin satu silinder 149.3cc yang berupaya menjana 15.4hp pada 8,000rpm dan 14.5Nm pada 6,750rpm.
Antara perincian ditawarkan termasuk:
- traction control (TCS)
- panel meter TFT
- dashcam 1080p
- keyless
- ABS
- pencahayaan LED
Setiap pembelian WMOTO RT1 merangkumi waranti dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu).
GALERI: WMOTO RT1