Motosikal

YAMAHA CHAMPIONS RIDING SCHOOL JUAL JENTERA TERPAKAI PADA HARGA MURAH

Yamaha Champions Riding School (YCRS) di New Jersey, Amerika Syarikat mula menjual model-model motosikalnya kepada orang awam. Jualan itu dibuat berikutan sekolah latihan itu bakal menerima barisan model baharu untuk tahun 2017.

Berdasarkan kepada prinsip siapa cepat dia dapat, YCRS menyatakan bahawa 26 unit motosikal itu berada dalam kondisi yang sangat baik.

Antara model yang ditawarkan ialah lima unit Yamaha R6 tahun 2016 dengan perbatuan kurang 1,600km. Setiap satunya dijual pada hargan AS$7,500 (RM33,350) sahaja.

BACA: YAMAHA INDONESIA PERKENAL GRAFIK BARU R25, HARGA NAIK RM85

Cawangan YCRS di Arizona pula menawarkan enam lagi R6 2016 pada harga sama. Sementara 13 unit R6 tahun 2014 berharga AS$6,500 (RM28,900) seunit.

Bagi mereka yang mempunyai bajet besar, YCRS ada menawarkan pembelian tiga buah motosikal sekali gus. Motosikal itu ialah 2015 FZ-09 (MT-09) berharga AS$5,000 (RM22,300) seunit, 2014 FZ1 pada harga $6,500 (RM28,900) dan 2015 R1 – $10,500 (RM46,700).

BACA: HLYM LANCAR YAMAHA EGO SOLARIZ – RM5,548

Selain mempunyai jarak perbatuan yang rendah,semua jentera itu diselenggara dengan baik dan minyak enjinnya ditukar setiap 1,600km. Kondisi tayar Dunlop Q3 juga bergantung kepada nasib.

Tetapi, sebagai jentera untuk latihan perlumbaan, pasti ada sedikit kemik sana-sini. Harga yang dinyatakan adalah tetap, tiada tawar-menawar. YCRS juga menyatakan ia tidak akan melayan pembeli yang banyak cekadak.

kredit foto: Yamaha Champions Riding School

Google ads
Back to top button