Motosikal

YAMAHA R1 REPLIKA VALENTINO ROSSI DILELONG UNTUK KEBAJIKAN – SIAP DENGAN TANDA TANGAN ‘THE DOCTOR’

Yamaha telah mendermakan sebuah R1 baru lengkap dengan pelekat replika pasukan Movistar MotoGP untuk lelongan kebajikan yang dianjurkan oleh Charitystars. Ia merupakan satu daripada tiga model edisi khas R1 yang seumpamanya dihasilkan tetapi lebih istimewa bila R1 ini mempunyai tanda tangan Rossi sendiri di bahagian hadapan dan tangki minyaknya.

Hasil lelongan motosikal ini akan disalurkan kepada La Gotita Onlus, sebuah pertubuhan kebajikan Itali yang membantu kanak-kanak kelainan upaya dalam perkembangan mereka khususnya bagi yang berminat dalam bidang sukan seperti bolasepak.

Kalau nak cerita pasal rare, motosikal ini memang rare kerana cuma ada tiga seumpamanya di dunia dan memang akan menarik perhatian ramai untuk memilikinya.

Selepas lelongan ditutup, bidaan Antonio Pascale disahkan sebagai pemenang dengan jumlah hampir mencecah 40,000 euro (RM194,000). Jangan ingat murah tau. Lagi satu Yamaha mendakwa livery Movistar yang dilengkapkan pada R1 ini memang tidak terdapat di pasaran.

BACA: VALENTINO ROSSI – PELUMBA PALING POWER DENGAN 300 PENYERTAAN KELAS PREMIER

Antonio bukan hanya memenangi motosikal tersebut tetapi lebih istimewa bila ia diserahkan kepada beliau oleh Rossi sendiri dalam satu majlis khas. Beliau menyatakan ia seolah-olah mimpi indah bila bertemu dengan pelumba pujaan beliau yang selama ini hanya dilihat dari jauh.

Andrea Columbi, Pengurus Yamaha Motor Itali menyatakan yang ia adalah satu kebanggaan buat Yamaha kerana turut membantu kanak-kanak kelainan upaya yang ingin belajar bermain bolasepak melalui acara lelongan amal sebegini. Kegiatan ini juga diharapkan mampu meningkatkan kesihatan mereka ke tahap yang lebih baik.

Itulah kehebatan lagenda hidup, Valentino Rossi. Ini bukan kali pertama acara lelongan diadakan bersempena dengan nama beliau. Sebelum ini bermacam peralatan yang digunakan Rossi pernah dilelong dan semuanya mendapat pulangan yang cukup baik untuk kebajikan.

Google ads
Back to top button