Motosikal

YAMAHA XMAX DARTH VADER EDITION MASUK PASARAN BRAZIL. TERHAD 200 UNIT, HARGA BERMULA RM26,000

Yamaha Brazil melancarkan skuter edisi terhad XMAX Darth Vader Edition 2022 dengan tagline “The Dark Side Of Your Garage”.

Skuter pakej edisi terhad itu didatangkan dengan warna hitam (Midnight Black) terhad kepada 200 unit sahaja.

XMAX Darth Vader Edition 2022 ditawarkan pada harga AS$6,033 (RM26,503).

Skuter terbaharu berkenaan menampilkan sentuhan grafik berwarna merah dan perak dipadankan dengan warna hitam badan sekali gus menyelahkan lagi sisi ‘jahat’ Darth Vader.

Selain itu, ia dilengkapi lampu LED dan ABS standard dengan ruang simpanan yang luas di bawah tempat duduk.

Korang boleh simpan topi keledar, jaket ataupun kalau ada light saber Star Wars muat kot.

Darth Vader Edition 2022 mendapat khidmat enjin satu silinder 250cc dengan sistem penyejukan bahan api mampu menjana kuasa 22.8 hp @ 7,000 rpm dan tork 24 Nm @ 5,500 rpm.

Skuter dengan berat bersih 179 kg itu turut dibaluti tayar jenama Dunlop 15 inci pada bahagian dan 14 inci di belakang.

XMAX Darth Vader Edition 2022 jual di Brazil sahaja. – rideapart

Google ads
Back to top button