Motosikal

YANG DITUNGGU AKHIRNYA TIBA: VESPA GTS DENGAN SISTEM START/STOP

Ketika Ducati membuka tirai dengan pengenalan supersport pada Pameran Motor Intermot yang sedang berlangsung di Cologne sekarang, Vespa nampaknya menghasilkan sesuatu yang inovatif. Ia bukan konsep, tetapi model pasaran penuh yang akan dibariskan untuk tahun 2017. Desas -desus mengenai teknologi ini sudah mula bermain di bibir peminat skuter sejak penghujung tahun lepas lagi.

Model GTS 125cc dan 150cc akan mendapat talaan enjin baru “i-get” (dah macam iphone ni). Enjin satu selinder, 4 injap, pancitan bahanapi in didatangkan buat pertama kalinya dengan teknologi start/stop. Apa nak heran, Perodua Bezza pun ada, kereta murah je pun (kata seorang macai)

vespa GTS start stop (1)

Piaggo menggelarkannya dengan nama RISS (Regulator Inverter Start & Stop System). Sistem ini dilancarkan bersama model Vespa dengan menggantikan mekanisma starter motor tradisional dengan unit elektrikal “direct mount” tanpa berus yang dipasangkan terus ke bahagian crankshaft.

Ia melancarkan pergerakan enjin ketika dihidupkan, senyap, ringan dan lebih bagus dari segi reliabiliti. Kalau start/stop tentulah fokusnya terlibat tentang penjimatan bahanapi. RISS ini lazimnya akan mematikan enjin dalam durasi 3 hingga 7 saat selepas kenderaan berhenti sepenuhnya (bergantung pada tahap kepanasan sesuai enjin)

Putar sedikit pendikit dan enjin akan hidup semula dalam keadaan senyap, bukan macam pakai starter biasa. Kalau tongkat motor diturunkan, enjin akan mati sepenuhnya, RISS tak akan berfungsi, ia sebagai ciri-ciri keselamatan.

vespa GTS start stop (2)

Macamana teknologi RISS dengan pasaran di sini? Sistem start/stop pada motosikal kedengaran macam rumit. Tapi kalau motor bertransmisi automatik memang sesuai, kurang beban pada talisawat dan kalau berhenti lama di lampu isyarat dah tentulah menjimatkan bahanapi.

Enjin i-get baru ini juga menggunakan sistem sejukan enjin jenis piggyback dengan saluran sejukan berada dalam biaan enjin. Tanpa menggunakan radiator sebagaimana sistem konvensional. Ia mengurangkan berat motosikal secara keseluruhan.

Vespa sebenarnya bukanlah motosikal 100 peratus. Ia kenderaan gaya hidup yang digunakan oleh wak doyok dan orang tak kisah membayar mahal pada skuter yang tak laju. Ia skuter lifestyle, justeru kami rasa start/stop akan menambah ciri moden dan eksklusiviti jenama Vespa itu sendiri.

Sesuai untuk penduduk sebelah Shah Alam, khususnya di kawasan TTDI. Dia punya traffic light nak tunggu boleh siap baca Surah Yasin lengkap dengan doa. Lama ya Rabbi.

 

 

 

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button