Motosikal

MAVERICK VINALES TINGGALKAN YAMAHA, SERTAI APRILIA MUSIM 2022

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales mengesahkan bakal meninggalkan Yamaha pada hujung musim ini untuk menyertai Aprilia. 

Berita itu nyata mengejutkan banyak pihak, biarpun khabar angin mengenainya sudah bertiup kencang sejak hijung minggu lalu di liter Motul TT Assen.  

Kontrak Vinales dengan Yamaha sebenarnya masih berbaki sehingga 2022. Namun, pelumba kelahiran Sepanyol itu meminta ia ditamatkan lebih awal dan kemudiannya dipersetujui oleh Yamaha. Vinales sudah bersama Yamaha selama lima musim dan berjaya mencatat lapan kemengan sejak menjadi pelumba Yamaha sejak tahun 2017. 

Bekas juara Moto3 itu juga tidak pernah gagal berada di enam pelumba yterays dalam enam MotoGP, selain mencatat kedudukan ketiga pada tahun 2017 dan 2019. 

Biarpun begitu, hubungan Vinales dan Yamaha sedikit tegang selepas dia terpaksa berada di kedudukan terakhir di Grand Prix Jerman dua minggu lalu. Keputusan berada di tempat kedua minggu lepas di litar Motul TT Assen hujung minggu lalu nampaknya tidak dapat mengubah keputusan Vinales untuk bertukar pasukan. 

“Keputusan untuk berpisah dengan Yamaha bukanlah mudah kerana kami sudah bersama selama lima tahun. Sepanjang tempoh ini, kami telah mencapai banyak kejayaan hebat dan waktu sukar. Saya juga komited untuk mendapatkan keputusan terbaik pada musim ini,” kata Vinales. 

Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis mengakui sedih untuk melepaskan Vinales. “Tetapi, selepas GP Jerman, kami telah berbincang dan mengambil keputusan untuk berpisah. Yamaha akan memberi sokongan penuh untuk Vinales menamatkan musim ini sebaik mungkin,” jelas Jarvis. 

Google ads
Back to top button