Artikel Pilihan

INILAH ENJIN 4 SELINDER TERBAIK PERNAH DIHASILKAN (VOLVO DAN ALFA ROMEO PUN ADA)

Apakah definisi enjin terbaik enjin? jimat minyak?, pakai timing chain? turbo? kuasa kuda paling tinggi? tahan lasak? Dalam penilaian dunia automotif, semuanya diambil kira. Tetapi kali ini kita ambil pendapat dari golongan “jalanan”. Ini adalah kumpulan yang dibuat oleh laman web terkenal Car Throttle dalam satu video ringkas yang informatif.

Antara yang menarik ialah enjin F20C yang dipasangkan pada Honda S2000 AP1. Sewaktu diperkenalkan pada 2000, roadster Honda S2000 adalah kereta paling dinamik dalam kelasnya. Menghasilkan 128 kuasa kuda bagi setiap liter dan ia merupakan nisbah kuasa kuda tertinggi dalam sejarah sebelum takhtanya dirampas 10 tahun kemudian oleh… Ferrari 458.

4G63 THE LEJEN!

Jika enjin ini tiada dalam senarai memang Abang Japar sanggup terjun tiruk di restoran jejambat Sungai Buloh katanya. Ini adalah enjin yang paling berpengaruh dan paling lama mengalami evolusi. Dari versi SOHC kepada DOHC. Dari suapan karburetor kepada suntikan bahanapi. Dari Aspirasi Normal (N/A) kepada turbo dan mod aci sesondol MIVEC, anda namakan saja. Ia enjin yang menyebabkan Mitsubishi dikenali di dunia. Jika tidak, MItsubishi hanya kekal dengan nama Pajero agaknya.

Volkswagen EA888 pula adalah enjin empat selinder yang meninggalkan kesan mendalam pada pembuatan kereta-kereta kompak dari Jerman. Menguasai model Golf R dan Audi S3, ia enjin yang laju tapi menjimatkan bahanapi. Dikatakan model R400 adalah versi terakhir yang dirancang untuk menghasilkan GOlf paling berkuasa dengan 395 kuasa kuda. Namun skandal dieselgate yang melanda VW menyebabkan projek ini dibatalkan.

BACA: 10 ENJIN TERBAIK DARI JEPUN

Enjin empat selinder yang jarang kita dengar seperti Alfa Romeo Twin Spark. Walaupun enjin dengan palam pencucuh berkembar ini lebih dominan dengan bentangan V6, sebenarnya, Alfa turut menghasilkan enjin 4 selinder dengan teknologi serupa. Ia dibina dari enjin sekecil 1.4 liter hingga 2.0 liter.

Ada lagi enjin lain seperti Volvo B230FT, Nissan SR20DET, Toyota 3S-GE (enjin paling ringan dengan hanya 143 kilogram). Nah, tonton video di bawah

 

Google ads
Back to top button