Buletin

BMW GROUP MALAYSIA CATAT SERAHAN 3,128 UNIT JENTERA ELEKTRIK PADA TAHUN 2019

Sebanyak 3,148 unit kenderaan elektrik BMW dan MINI telah diserahkan sepanjang tahun 2019. Sekali gus menyumbang kepada penyerahan berjumlah lebih 17,000 kenderaan elektrik oleh BMW Group Malaysia sejak tahun 2015.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 145,815 unit kenderaan elektrik BMW dan MINI telah diserahkan di seluruh dunia pada tahun 2019. Ia menyumbang kepada setengah juta kenderaan elektrik yang berjaya diserahkan setakat ini.

Menurut pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, beliau berbangga dengan pencapaian yang dilakar oleh pihaknya dalam segmen kenderaan elektrik di Malaysia.

“Kami komited untuk terus menerajui arena mobiliti elektro di Malaysia, khususnya menjelang pengumuman Polisi Automotif Nasional yang bakal melihat kenderaan elektrik memainkan peranan yang penting untuk mendorong sektor automotif ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

BMW menyaksikan 9,300 pemilik baharu di Malaysia pada tahun lalu. Ia diterajui oleh penyerahan 2,514 unit BMW 3 Series dengan hampir 1,000 unit daripadanya ialah BMW 330e M Sport. Satu lagi penyumbang utama kepada jumlah penyerahan ini ialah BMW 5 Series yang menyaksikan lebih daripada 2,000 pemilik baharu.

Selain itu, keluarga BMW X berjaya mencatat jumlah penyerahan yang memberangsangkan sepanjang tahun 2019 dengan sebanyak 3,985 unit. BMW X3 merupakan model penyumbang yang tertinggi dengan 1,354 unit, diikuti rapat oleh BMW X1 dengan 1,331 unit.

Jentera elektrik BMW X5 xDrive40e turut menyumbang kepada penyerahan berjumlah 24% (975) dalam keluarga BMW X, lantas menjadikannya model BMW X yang ketiga terlaris pada tahun 2019.

MINI telah menyerahkan 1,142 unit kenderaan pada tahun lalu, ia diterajui oleh MINI Countryman yang menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah penyerahan yang dicatat (685 unit).

Sementara itu, BMW Motorrad berjaya menyerahkan 1,125 unit motosikal. Penyumbang utama kepada pertumbuhan jenama ini masih kekal dalam segmen pengembaraan (adventure) yang menyaksikan 600 lebih pemilik baharu pada tahun 2019.

Mazda CX30

Di peringkat global, BMW Group telah memecah rekod buat tahun yang kesembilan berturut-turut setakat tahun 2019 dengan jumlah penyerahan mencecah 2,520,307 unit.

Jenama BMW telah merekodkan angka tertinggi pada tahun lalu dengan penyerahan berjumlah 2,168,516 unit. Jenama MINI pula berjaya menyerahkan 346,639 unit kenderaan pada tahun lalu.

Sementara BMW Motorrad menyerahkan 175,162 unit motosikal kepada pelanggan baharu.

Tags
Google ads
Back to top button